Perak Hari Ini

Perak perlu masjid negeri baru

SAYA berpendapatPerak Darul Ridzuan memerlukan masjid negeri baru kerana masjid sedia ada di Ipoh sudah tidak dapat menampung jemaah apabila solat Jumaat dan pada Aidilfitri atau Aidiladha.

Berbanding masjid negeri lain ia seperti masjid jamek atau masjid daerah kerana di negeri lain, masjid negerinya lebih indah, besar dan moden.

Sudah sampai masanya Perak mempunyai masjid negeri yang baru kerana masjid sekarang kelihatan tidak lagi menarik disebabkan pertama, ia tidak boleh menampung jemaah yang ramai dan penjagaan masjid itu sendiri tidak terurus dengan baik.

Dalam pada itu diharap pada masa akan datang reka ruang solat di masjid dibina tidak terlalu tinggi kedudukannya. Di sesetengah tempat ruang solatnya ditingkat atas yang memerlukan jemaah menaiki tangga dan ini tentu menyukarkan jemaah yang uzur, warga emas dan kanak-kanak.

Disyorkan juga masjid dilengkapi pusat sumber bagi membolehkan jemaah mentelaah kitab agama atau membaca berita yang ada hubung kait dengan dunia islam.

Jemaah dapat meluaskan pengetahuan mengenai Islam di samping memenuhi masa dengan membaca ketika menunggu azan solat berjemaah.

SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL, YDP Persatuan Jamalullail Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");