Kolumnis

Perak wajar belajar dari Sejarah!

Signifikannya Perak dalam sejarah Malaysia tidak boleh ditolak mahupun dinafikan. Perak menjadi kesayangan British selepas Singapura kerana Perak merupakan ladang, lombong dan gudang perdagangan mereka. Selepas Perjanjian Pangkor pada 1874, Perak secara langsung berada di bawah ‘nasihat’ British. Namun sebelum itu, Perak sudah pun dijajah. Penjajah Perak adalah kongsi-kongsi gelap seperti Ngee Hin dan Hai San yang berpusat di Taiping.

Penemuan bijih timah oleh Long Jaafar di Klian Pauh pada 1848, menarik kedatangan imigran Cina dan pada 1870-an British menguasai bandar tersebut dan nama Klian Pauh hilang dari lipatan sejarah. Bandar tersebut dinamakan semula sebagai Taiping yang maksudnya dalam bahasa Hakka ialah aman atau damai. Taiping adalah bukti utama bagaimana bandar-bandar Melayu di negara ini dicinakan tanpa sebarang perasaan bersalah.

Campurtangan British ke atas Perak pada 1874 merupakan campurtangan secara rasmi penjajah tersebut ke atas Semenanjung Tanah Melayu. Penjajahan terus berlangsung dengan kuasa-kuasa dari dalam negara menunjukkan minat yang sangat mendalam di Perak.

Pilihanraya Umum Ke-12 pada Mac 2008, menyaksikan bagaimana DAP berjaya menguasai Perak. Taiping beralih tangan kepada DAP. Bersekutu dengan PAS dan PKR, DAP membentuk Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat yang hanya ditubuhkan kerana senario di Perak, menyaksikan bagaimana DAP menerusi Pengerusi DAP Perak, Ngeh Kor Ham berkeras mahupun seorang Cina dilantik sebagai Menteri Besar.

Hanya kuasa KDYMM Seri Paduka Sultan Perak yang berjaya menghalang kehendak Ngeh Kor Ham. Akhirnya setelah kemelut perebutan jawatan Menteri Besar berlangsung, Nizar Jamaluddin, seorang pemimpin kecil dari PAS telah dipilih untuk mewakili Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar. Hakikatnya Nizar hanya menjadi Menteri Besar tetapi setiap patah perkataan, perbuatan mahupun lenggok tubuhnya adalah ‘milik’ Ngeh Kor Ham dan Nga Kor Ming.

Begitu juga di Teluk Intan atau Teluk Anson atau nama asalnya, Teluk Mak Intan. Sekitar penghujung 1940-an, kekejaman komunis yang berpusat di Langkap telah menyebabkan Melayu di Sungai Manik yang berketurunan Banjar, mengangkat parang panjang dan membunuh ramai talibarut komunis termasuklah orang Melayu sendiri, sama ada diparang, mahupun direndam di dalam parit tali air. Malah pembalasan dendam terhadap kekejaman komunis dan orang Cina terhadap Melayu Sungai Manik dan daerah tersebut, menyaksikan amukan Melayu yang sangat mengerikan.

Hari ini, Teluk Intan dikuasai oleh DAP. Melayu-Melayu Sungai Manik pula lebih selesa dengan PAS yang bekerjasama dengan DAP berbanding UMNO. Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan adalah pengerusi sebuah GLC kerajaan pusat yang banyak menimbulkan kontroversi terutama sekali di GLC yang dipengerusikannya. Bahkan bagi kebanyakan ahli-ahli UMNO di Teluk Intan, nama Datuk Idris bin Hashim yang juga merupakan AJK Badan Perhubungan UMNO Perak, merupakan orang tidak layak tetapi diangkat sebagai pemimpin utama di kawasan tersebut.

Sewajarnya UMNO Perak menjadi contoh kepada UMNO Negeri lain tentang bagaimana UMNO mempertahankan Melayu dan kawasan mereka. Perak tidak boleh lagi menjadi kubu kuat DAP biarpun majoriti penduduk bandar adalah orang Cina yang sudah pasti akan menyokong DAP. Melayu-Melayu UMNO sudah seharusnya menerobos masuk ke kawasan-kawasan yang menjadi sekutu DAP untuk memastikan Perak tidak jatuh ke tangan musuh seperti mana Melayu Banjar Sungai Manik mempertahankan kawasan dan orang mereka daripada kekejaman komunis dengan hanya berparang panjang. Bahkan dengan parang panjang itu jugalah, komunis-komunis Melayu dan Cina terpaksa melarikan diri dan tidak lagi berani membuat onar di Teluk Intan.

Musuh Melayu-Islam di Perak tidak pernah berhenti daripada cubaan untuk menawan dan menakluk negeri itu. Bahkan komunis-komunis yang menjadi musuh nyata Melayu, masih lagi berterusan menjalankan dakyah mereka biarpun cuba berselindung dan mengaku mereka adalah pejuang kemerdekaan seperti yang tertulis dalam sebuah blog yang dikenali sebagai KINI DAN SILAM yang begitu jelas MENGHINA DAN MEMPERLEKEHKAN penentangan Melayu terhadap kuasa Komunis China.

Meskipun ada suara di dalam UMNO malah suara berkenaan adalah pemimpin UMNO Perak agar sejarah perlu dilupakan, namun sebenarnya UMNO Perak perlu menjadikan sejarah negeri itu sebagai pemangkin untuk perjuangan yang lebih mantap dan jitu. Malah ahli-ahli UMNO juga perlu menunjukkan kebijaksanaan mereka bagi memilih pemimpin dari kalangan UMNO yang lebih bijak bekerja daripada bijak berpolitik dan bersembang deraih.

Oleh: Rosli Mohd Sah untuk Perak Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");