Perak Hari Ini

Perkhidmatan Kereta Api Ipoh-Lumut Masih Dalam Kajian Awal – Kong Cho Ha

PANGKOR, 28 Nov (Bernama) — Kementerian Pengangkutan sedang menyediakan kajian teliti peringkat awal berkaitan cadangan kerajaan negeri Perak untuk mengadakan perkhidmatan kereta api Ipoh-Lumut, kata menterinya Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata satu pasukan dari Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bersama-sama pihak kementerian sedang giat menjalankan kajian berkaitan perkhidmatan itu.

“Buat masa ini, pasukan petugas tersebut sedang giat mengkaji dan mengumpulkan maklumat penting sebelum perkhidmatan rel yang menghubungkan Ipoh dengan kawasan pelancongan di Lumut dapat dilaksanakan.

“Maklumat awal kajian tersebut telah mengenal pasti laluan yang bakal dibina iaitu Ipoh-Batu Gajah-Tronoh-Seri Iskandar-Kampung Acheh,” katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama masyarakat Cina di sini.

Bagaimanapun beliau berkata cadangan itu sedang berada di peringkat kajian dan belum dimuktamadkan lagi.

Kong juga berkata pasukan kajian itu kini dalam peringkat yang menumpukan kawasan pinggir bandar sepanjang laluan yang dikenal pasti supaya perkhidmatan itu boleh menjadi platform untuk memajukan kawasan berkenaan.

Beliau berkata sekiranya perkhidmatan rel itu direalisasikan, ia akan menggunakan jajaran baru dan tidak akan menjejaskan kawasan bandar dan pekan yang sedia ada.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");