Perak Hari Ini

Projek naiktaraf kemudahan asas Lata Panggung

Pengunjung Lata Panggung, dekat Kampung Teras bakal menikmati kemudahan asas yang lebih sempurna dan selesa apabila kerja membina chalet, bilik persalinan dan tandas awam di kawasan itu akan siap sepenuhnya pertengahan Disember depan.

Adun Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, berkata sebuah pentas persembahan juga akan dibina di kawasan itu yang menjadi tumpuan ramai terutama di hujung minggu.

“Bagi keselesaan pengunjung, beberapa kemudahan asas di tapak perkelahan Lata Panggung sedang dibina antaranya bilik persalinan dan tandas.

“Sebelum ini, ia tidak mempunyai kemudahan asas yang sempurna untuk kegunaan orang ramai sedangkan Lata Panggung sering menjadi tumpuan orang ramai di hujung minggu,” katanya selepas melawat kerja pembinaan projek di lata terbabit, semalam.

Hadir sama, Ketua Kampung Teras, Wahab Yatam.

Raja Ahmad Zainuddin berkata, projek itu dijangka siap sepenuhnya pertengahan Disember depan dan orang ramai diharap agar dapat menggunakan kemudahan yang disediakan dengan sebaik mungkin demi faedah bersama.

Baru-baru ini, Lata Panggung turut menjadi lokasi perlumbaan 4X4 Dun Kubu Gajah selain Felda Ijok yang berjaya menarik kehadiran peserta dari dalam dan luar negeri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");