Perak Hari Ini

Speaker Harap Sidang Dun Perak Tidak Kecoh

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R. Ganeson meminta wakil rakyat supaya mengelak daripada menimbulkan kekecohan semasa Sidang DUN Penggal Ketiga yang akan bermula 30 November ini.

Katanya, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap wakil rakyat yang menimbul kekecohan berdasarkan Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak.

“Sidang kali ini akan diadakan lebih daripada sehari memandangkan ianya melibatkan pembentangan Bajet 2011 dan saya akan memastikan setiap wakil rakyat untuk memberikan pandangan dan masa untuk berbahas,” katanya kepada Bernama di sini hari Isnin.

Ganeson berkata sebanyak 59 notis telah dihantar kepada kesemua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) negeri Perak pada 28 Oktober lalu untuk menghadiri sidang kali ini.

Beliau berharap semua Adun dapat bertindak sebagai wakil rakyat yang sebenar dengan membincangkan isu berbangkit tentang rakyat tanpa melibatkan isu politik dan peribadi.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");