Kolumnis

YB TEO NI CHING BARU NAK BELAJAR SIVIK

UMNO MEMBERIKAN GAMBARAN SEMPIT TENTANG ISLAM –

TELUK INTAN, 23 November – UMNO telah memberikan gambaran Islam yang sempit kepada masyarakat bukan Islam di negara ini. Demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Serdang YB Teo Nie Ching di dalam ceramah beliau di Taman Cicely dekat sini. Ceramah tersebut adalah anjuran PAS Cawangan Cicely.

Ini jelas terbukti semasa isu beliau yang dijemput menyampaikan sumbangan kepada sebuah surau di Kajang pada bulan Ramadhan lepas. Sejak peristiwa itu, beliau telah diberikan gambaran negatif oleh pemimpin UMNO dan media-media UMNO. Pelbagai fitnah telah disebarkan tentang beliau.

“Di muka depan Utusan Malaysia terpampang tajuk saya telah menyampaikan tazkirah di dalam surau. Sedangkan saya hanya berucap selama lima minit sahaja. Itupun ucapan saya berkenaan dasar-dasar kerajaan negeri Selangor. Malah saya sendiri tidak tahu apa dia ‘tazkirah’, “ujar beliau.

Menurut beliau, sebenarnya UMNOlah yang telah menyebabkan ‘Islamofobia’ dalam kalangan masyarakat ukan Islam di negara ini. Mereka telah memberikan gambaran sempit Islam.

YB Anuar dan isteri Pn.Hjh. Faridah bersama YB Teo.

Namun begitu, keresahan beliau menjadi reda setelah beliau bertemu dengan Tuan Guru Nk Abdul Aziz selepas peristiwa itu. Tuan Guru telah memberikan gambaran yang luas tentang Islam. Antaranya tentang Islam adalah untuk semua dan terbuka. Tiada masalah bagi sesiapa sahaja untuk hadir ke masjid atau surau.

Beliau juga begitu terharu kerana telah mendapat pembelaan daripada PAS dan PKR. dalam mempertahankan tindakan beliau memasuki surau. Beliau percaya bahawa Islam yang dibawa oleh PAS adalah lebih terbuka berbanding UMNO.

“Sewajarnya ahli PAS dan masyarakat yang cintakan Islam agar melakukan lebih banyak pengorbanan demi perjuangan Islam.

“Beliau juga menyentuh tentang sidang DUN Perak yang akan diadakan pada 30 November nanti. Rakyat Perak amat mengharapkan agar sidang DUN kali ini akan membincangkan lebih serius tentang bajet.

“Berilah peluang kepada pembangkang untuk berbahas. Kalau pihak BN tak mahu berbahas tak mengapa. Tapi berilah kepada pihak PR untuk memberikan pandangan kerana sidang DUN merupakan salah satu forum atau tempat yang paling baik untuk menyampaikan pandangan dan komen kepada pihak kerajaan.” ujar beliau lagi.

Biodata:

Teo Nie Ching, 28

Read law at University of West England, Bristol, UK on a twinning programme, following two years at a local college. Received her Certificate in Legal Practice from the University of Malaya.

In her own words:

I am Teochew, but I can’t speak the Teochew dialect. Both parents are from Batu Pahat, Johor. My father, who is retired, worked as a logger. Due to the nature of his work, he used to travel a lot. My mother is a housewife who worked in a biscuit factory during the economic crisis in the late Nineties. Now, she is assisting my sister in her clinic.

Root:

Father studied until Form 3. Mother stopped receiving education after primary school as she was the eldest sister among twelve siblings [and had to care for them].

My paternal grandparents were rubber tappers. We owned a samll rubber landholding. I still vaguely remember following my mother to the rubber estate in the early morning when I was 3 or 4 years old. My father has since converted the rubber estate to an oil palm estate.

My maternal grandfather came from Fujian province, China. Hokkien is a common dialect in Batu Pahat. I cannot speak Hokkien either. My maternal grandfather came to Malaysia when he was 12. He was the youngest among all his siblings, all of whom lived in China. I met his elder sister once when she came to Malaysia. As for the rest of my grandfather’s siblings, until today I never had the chance to meet and know them.

The Generation looks up to…

It is difficult for me to identify one or two role models. There are so many things that I could learn from many of the DAP leaders, such as Dr Chen Man Hin, Lim Kit Siang, Teresa Kok etc. The more I am involved in politics and the more I know about DAP leaders, the more I know how ‘great’ they are and be awed by their spirit.

On the other hand, celebrated essayist and cultural critic Lung Ying Tai is my idol. Her essays always move me, are thought provoking and show her great concerns towards society. Her writings have influenced a lot of people. I hope my articles would have the same power.

The million dollar question: Why DAP?

Why DAP? First of all, I come from a ‘DAP family’. My parents are both DAP members. They brought me to DAP activities since I was young. My sister and brother-in-law are active in DAP Johor as well. Nevertheless, my father is very open-minded. He told me it was okay if I wanted to join MCA or Gerakan, if I felt they could provide a better platform for me.

But DAP was always my only option. It was the first political party that talked about the concept of a Malaysian Malaysia (meaning a Malaysia for all Malaysians). I share the struggles and values of the party. I believe in checks and balances. I don’t want to be ruled by a racist government, and I don’t want my children, and grandchildren to feel that they are ‘anak angkat’ or ‘anak tiri’.

Of course DAP is not perfect. All the while UMNO and Utusan have been trying to paint DAP as a “Chinese Communist Chauvinist” party. I won’t deny that DAP does not have significant Malay support. But we are working very hard on this. As a wakil rakyat I have been trying very hard to show to the constituents that assistance and help are rendered according to need, not skin color or religion.

NOTA KAKI;

Ostatzah Teo kata “UMNO MEMBERI GAMBARAN YANG SEMPIT TENTANG ISLAM”.
Cantik sungguh ayat dia, ini ayat komunis , usia 28 tahun dan mendapat pendidikan dalam negara. Walaupun mendapat ijazah dari unversiti luar negara tetapi dia buat program kembar dalam negara. Tak tahu lah berapa lama dia di England.

Cuma yang ganjil ialah selama usia 28 tahun hidup di Malaysia tak mungkin dia tak ambil tahu langsung tentang agama Islam. Mungkin lah zaman persekolahan dari darjah 1 hingga tingkatan 5 atau 6 dia bersekolah di sekolah menengah cina kut. Itulah pasalnya dia tak tahu langsung tentang budaya Islam dan adat istiadat Islam yang menjadi agama rasmi negara.

RTM , TV3 dan TV swasta lain banyak menyiarkan program-program Islam dan ramai bukan Islam telah  tertarik dengan rancangan agama ini dan ramai yang telah memilih Islam sebagai agama mereka. Kita sedia maklum bahawa ramai orang Cina memilih Kristian Khatolik sebagai agama mereka dan sebahagian dari kaum Cina yang belum menjadi Khatolik dan dengan mudah menerima Islam sebagai cara hidup mereka.

TM pernah berseloroh dengan rakan Cina yang memilih Kristian, soalannya mudah. Kenapa pilih Kristian? Jawabnya juga mudah. Kalau pilih Islam tak boleh makan babi kena puasa dan tak boleh main dengan anjing dan tak boleh minum arak.  Tapi itu jawapannya hampair 30 tahun lalu. tetapi kini beliau telah menjadi seorang Muslim yang taat. Keluarganya juga tidak menghalang beliau untuk menjadi seorang Muslim.

Seorang rakan lain dari kecil bercampur gaul dengan Melayu Islam dan sehinggakan waktu rakan-rakannya mengaji quran , beliau duduk bermain di bawah rumah dan menariknya beliau boleh menghafal beberapa surah Juz Amma. Hebatnya Malaysia yang dihuni oleh pelbagai kaum dan bangsa.

Jadi tuduhan Teo bahawa Umno memberi gambaran sempit  adalah tidak benar sama sekali.  Teo lah yang menjauhkan diri daripada memahami Islam , dalam kontrak sosial yang dipersetujui oleh kaum-kaum bukan Melayu ialah mesti faham akan adat istiadat Melayu dan Islam. Jadi salah siapa jika Teo tidak faham Islam.

Dalam buku teks sekolah rendah dan menengah juga banyak menyentuh tentang masyarat majmuk dan sebagai rakyat Malaysia kita mesti faham akan silangbudaya ini.

Oleh itu jelas menunjukkan Teo Ni Ching seorang anti silang budaya, anti Islam dan anti Melayu, bila sudah terjebak dalam politik barulah nak mula belajar tentang silang budaya . baru nak kenal bangsa Melayu, baru nak kenal Islam .

Bagaimanapun ia belum terlambat buat Teo Ni Ching kerana ubunnya masih lembut. Jika sudah keras seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Sink sudah tidak berguna lagi.

Taipingmali blog

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");