Kolumnis

Nasrudin Tantawi kaki fitnah!

Didalam HarakahDaily, Dewan Pemuda PAS Pusat telah menuduh kerajaan Barisan Nasional sengaja menaikkan harga empat barang keperluan asas bagi mengutip dana pilihanraya yang akan datang. Malah, DPPP juga menuduh pemimpin kerajaan kini terdesak “merompak” wang rakyat.

Ketua DPPP Nasrudin Tantawi jelas telah membuat fitnah terhadap pemimpin kerajaan dengan kenyataannya ini. Dimanakah bukti bahawa dakwaannya tersebut benar? Beginikah akhlak seorang pemimpin pelapis PAS yang dikatakan berjuang melalui pendekatan Islam?

Ini bukti bahawa PAS hanya bercakap tapi langsung tak serupa bikin didalam perjalanan politik mereka. Nampak sangat bahawa PAS hanya mempergunakan agama bagi menghalalkan segala perbuatan mereka yang menyeleweng dari landasan Islam yang sebenar.

Yang sebenarnya, PAS lah yang memeras ugut rakyat bagi mencari dana kempen pilihanraya mereka. Jika kita amati trend yang dibuat oleh PAS, setiap kali ada pilihanraya kecil dimana-mana, pasti akan ada tabung mengutip derma pilihanraya dilancarkan disetiap ceramah-ceramah mereka.

Malah, Husam Musa juga pernah melancarkan Tabung Dana Pilihanraya Umum yang dirasmikan sendiri oleh Mursyidul Am PAS, Nik Aziz. Bukankah ini langkah terdesak PAS didalam cubaan mereka merompak wang dari rakyat?

Didalam ceramah-ceramah PAS dimerata ceruk kampung, bukankah mereka sering “meragut” wang hasil titik peluh rakyat? Ustaz-ustaz PAS hanya menjual air liur dengan menaburkan maki hamun kepada pemimpin kerajaan semata-mata mahu mengutip duit rakyat bawahan.

Apakah ini bukan satu usaha mengumpul dana pilihanraya kerana sejumlah dari kutipan “rompakan” ini akan disalurkan ke Tabung kempen PAS? Jangan ingat semua orang tak tahu tentang hal ini.

Nasrudin Tantawi nampaknya terlalu bodoh apabila menuduh pihak kerajaan. Dia lupa bahawa PAS sendiri telah melakukan seperti apa yang difitnahkannya kepada UMNO/BN tersebut. Dan PAS telah melakukannya selama hampir 20 tahun di seluruh negara! Mengapa ini tak disentuh oleh Nasrudin?

PAS kini sanggup buat fitnah demi memburukkan imej pentadbiran kerajaan. Mereka nampaknya sudah kehabisan modal untuk menyerang pentadbiran DS Najib yang semakin mendapat kepercayaan rakyat. Tambah pula kini Pakatan Rakyat semakin dibelenggu masalah yang tidak putus-putus, sebab itulah tiada jalan lain selain fitnah terpaksa dibuat untuk “berperang” dengan gelombang 1Malaysia DS Najib.

Nasrudin sepatutnya lebih matang didalam berpolitik. Dia yang diamanahkan menjadi “kepala” menerajui DPPP haruslah lebih bertanggungjawab diatas segala kenyataan yang dikeluarkannya. Jika permainan fitnah sebegini dijadikan amalan didalam kepimpinan Pemuda PAS, mereka jelas menyimpang dari landasan Syiyasah Islamiyah yang diajarkan oleh baginda Rasulullah saw.

Oleh: Cucu Tok Sagor untuk Perak Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");