Perak Hari Ini

Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan bakal lancar Skim Ar Rahnu tahun depan

Skim Ar Rahnu, program mikro kredit berasaskan pajak gadai Islam telah dibuktikan berjaya membantu memantap serta memperkukuhkan usahawan kecil dan sederhana.

Atas bukti itu, Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) bakal melancarkan skim yang terbuka kepada semua lapisan masyarakat dan kaum, mulai tahun 2011.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairul Azwan Harun berkata, Skim Mikro Kredit (SMK) itu adalah satu lagi instrumen membantu membasmi kemiskinan melalui pengupayaan melaksanakan perancangan menambah pendapatan.

“Ini kerana kita percaya sebahagian kumpulan-kumpulan sasar kita yang terdiri daripada peniaga-peniaga kecil-kecilan ini, mereka juga mempunyai mungkin barang-barang kemas atau aset-aset yang boleh dijadikan gadaian ataupun sandaran untuk mendapat sumber kewangan, mungkin bagi membesarkan perniagaan.

“Sekaligus membantu mengembangkan perniagaan untuk mendapat pendapatan yang bertambah,” katanya.

Khairul Azwan berkata, menerusi Bajet 2011 Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan tambahan iaitu sebanyak RM4 juta kepada YBUDR bagi meneruskan SMK yang akan memasuki tahun kedua perlaksanaannya.

Katanya, peruntukan tambahan itu juga akan digunakan bagi pembaikan rumah golongan miskin yang terlalu daif, termasuk pembinaan rumah baru, pendawaian semula dan mengganti bumbung-bumbung yang rosak.

Justeru katanya, mulai tahun 2011 YBUDR akan meluaskan jaringan sularelawan sedia ada berteraskan semangat kesukarelawan yang boleh menjadi faktor pengubah kepada landskap sosio-ekonomi masyarakat.

Jelasnya, agenda itu selari dengan usaha dipelopori YBUDR bagi membentuk satu gerakan massa bagi menjadi asas kejayaan agenda membasmi kemiskinan di Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");