Perak Hari Ini

Nizar terdesak tagih sokongan Melayu

Tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang tidak putus-putus melempar fitnah kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria adalah strategi terbaru beliau dalam menagih undi dan simpati orang Melayu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu langsung tidak merasa takut apatah lagi berdosa disebabkan oleh kebencian yang amat sangat terhadap mufti.

“Beliau langsung tiada rasa hormat kepada seorang mufti yang disegani hanya kerana tidak memenuhi ‘selera hukum’ yang diingininya.

“Ini termasuk tindakan fitnahnya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri pada penggal lalu apabila mengatakan mufti dihantar oleh Barisan Nasional ke Australia untuk bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis tertutup Bengkel Mencari Visi dan Strategi Pembangunan Masyarakat Orang Asli Perak di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Yayasan Orang Asli Perak, Datuk Suki Mee.

Beliau mengulas tindakan bekas Menteri Besar itu yang meragui penjelasan Harussani mengenai isu ancak kerana ia dikatakan tidak lebih daripada menjaga kepentingan pihak tertentu sahaja.

Upacara ancak tiang seri rumah di Kampung Guar, Manong pada 17 Oktober lalu yang didakwa Mohammad Nizar sebagai suatu perbuatan berunsur syirik oleh Zambry, terus diputar-belit meskipun Harussani telah mengeluarkan satu kenyataan mengenainya semalam.

Sehubungan itu, Zambry menyeru kepada seluruh umat Islam agar tidak terperangkap dengan manusia dusta tersebut yang sanggup menggunakan agama bagi menghalalkan sesuatu cara mahupun tindakan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");