Isu Panas

PAS diterima oleh DAP bagi ‘membunuh’ pemimpin Melayu

Antara kejayaan paling besar pilihan raya umum 2008 adalah apabila PAS telah diterima dengan baik oleh DAP di Perak demi ‘membunuh’ pemimpin Melayu Umno, kata perwakilan DAP, Dr Jayabalan dalam konvensyen ke-2 Pakatan Rakyat hari ini.

Perkara ini berlaku kerana slogan PAS for All seperti Israel For All telah berjaya berjalan dengan baik kerana PAS megurangkan keutamaan terhadap Islam demi semua kaum.

Sekarang pun seperti dikonvensyen ini PAS tidak mengeluarkan isu Islam kerana ini akan menyebabkan pemimpin kaum lain seperti DAP kecil hati, demi menjaga hati mereka PAS sanggup berdiam diri

Sementara itu, wakil dari PKR, Chah Li Kang pula berkata, masa untuk bercakap sudah berakhir kerana sekarang adalah masa untuk bekerja bagi memenangkan Pakatan. Beliau yakin, pendekatan yang diambil oleh PAS mampu menarik sokongan kaum cina menyokong PAS sekaligus ‘membunuh’ pemimpin Melayu Umno yang sedang berkuasa kini

Beliau menolak projek yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu NKRA. Kerana projek ini terlalu membantu orang Melayu sahaja, Ini akan menguntungkan satu kaum sahaja. Adalah tidak adil hanya banyak membantu orang miskin dari kaum Melayu sahaja.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");