Perak Hari Ini

Pemeriksaan kesihatan percuma

IPOH 8 Dis. – Orang ramai yang ingin menjalani pemeriksaan kesihatan percuma boleh mengunjungi Kem Perubatan yang dianjurkan Hospital Pakar KPJ Ipoh pada 17 Disember ini.

Pegawai Perhubungan Awamnya, Rosmaliza Ismail berkata, Kem Perubatan tersebut akan diadakan di Klinik Waqaf An Nur Gugusan Manjoi, Masjid Al Ittihadiah Kampung Tengku Hussein bermula pukul 9 pagi sehingga 5 petang.

“Antara aktiviti yang diadakan adalah ujian tekanan darah tinggi, ujian gula dalam darah, ujian berat badan unggul (BMI) serta kaunseling diet pemakanan.

“Selain itu, orang ramai juga boleh menyertai kempen menderma darah serta demo pemeriksaan payu dara bagi wanita,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Rosmaliza berkata, kempen derma darah itu dianjurkan dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Khidmat Perhubungan Awam/Pemasaran Hospital Pakar KPJ Ipoh di talian 05-2408777 sambungan 133.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");