Perak Hari Ini

Pengerusi JKKK Perak Dapat Elaun Tambahan Mulai Bulan Depan

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi kampung tradisional dan kampung baru di Perak akan menerima “kenaikan gaji” sebanyak RM150 sebulan mulai bulan depan.

Imbuhan baru berkenaan adalah tambahan kepada elaun bulanan berjumlah RM800 yang diterima sekarang daripada kerajaan persekutuan dan negeri, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata elaun khas RM150 itu diluluskan dalam Bajet 2011 yang dibentang bulan lepas.

Elaun itu membabitkan peruntukan kira-kira RM1.3 juta setahun, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri pada hari Rabu.

Dr Zambry berharap dengan kenaikan berkenaan, para pengerusi JKKK dapat menjalankan tugas dengan lebih baik dalam memikul amanah yang diberikan sebagai wakil kerajaan di kawasan masing-masing.

Dr Zambry berkata kerajaan negeri tidak akan akan teragak-agak untuk membatalkan kontrak pengerusi JKKK yang gagal menjalankan tugas dengan baik sepanjang tempoh pelantikan dua tahun.

Beliau berkata kerajaan negeri tidak akan menyambung kontrak Pengerusi JKKK yang gagal menjalankan tugas dengan baik atau menasihati mereka berhenti sebelum tamat kontrak.

“Ada beberapa kes, mereka yang terlibat telah dinasihatkan berhenti tetapi kita tidak menghebahkan perkara itu kepada umum,” katanya.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");