Kolumnis

Penyakit meroyan Nizar masih belum pulih sepenuhnya…

Nizar Jamaluddin, bekas menteri besar Perak yang telah kehilangan jawatannya kerana menjadi proksi kepada DAP di negeri itu telah membuktikan bahawa dia memang seorang ahli politik yang kurang matang.

Setelah “digulingkan” oleh ahli Pakatan Perak yang berpaling tadah menyokong Barisan Nasional, Nizar seakan-akan hilang arah untuk mengembalikan jawatannya yang dipegang tak sampai pun setahun di Perak.

Kini Nizar cuba mencari populariti murahan dengan membuat kenyataan tentang perbalahan politik di Selangor pula. Terkini, dia menuduh bahawa DS Najib mahu merampas Selangor dari tangan Pakatan dengan menggunakan SUK negeri.

Sambil cuba menggambarkan keadaan Selangor kini sama seperti Perak semasa zaman pentadbirannya, Nizar juga saya lihat masih tak menerima kenyataan yang kepimpinannya ditolak oleh rakan Pakatannya sendiri di Perak.

Nizar cuba menyalahkan pegawai SUK negeri tersebut yang kononnya tak menyebelahi Pakatan Perak hingga menyebabkan kerajaan Pakatan tumbang. Yang sebenarnya, polisi pentadbiran Nizar sendiri yang banyak menguntungkan DAP menjadi punca kekalutan di Perak.

Pemberian geran 999 tahun kepada kroni DAP, kelulusan tak munasabah terhadap projek balak serta pembahagian kontrak hanya kepada kroni Ngeh dan Nga, telah membuatkan kepimpinan Nizar dibenci bukan saja oleh rakyat, tetapi menimbulkan rasa tak puas hati dikalangan ahli Pakatan sendiri.

Jadi, tak perlulah Nizar meroyan menyalahkan pegawai SUK dan cuba meracun minda rakyat dengan dongeng bahawa kejatuhan Pakatan di negeri tersebut didalangi oleh DS Najib.

Nizar patut bermusabahah dan menyalahkan dirinya sendiri yang kurang cekap menjalankan pentadbiran sebagai Menteri Besar dulu. Dan Nizar juga sepatutnya menerima qada’ dan qadar Allah yang tak mengizinkannya dari terus memporak perandakan bumi Perak.

Apa yang perlu dilakukan oleh Nizar kini ialah, berkhidmat dengan penuh amanah pada masyarakat Bukit Gantang dengan harapan dia masih akan dipilih menjadi wakil mereka pada PRU akan datang. Jika tidak, Nizar mungkin akan menjadi wakil PAS Perak yang tak mempunyai kerusi langsung di negeri tersebut.

Oleh: Pusaka Ayahanda

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");