Perak Hari Ini

Perak Belanja 93 Peratus Peruntukan RMK-9

Perak telah membelanjakan 93.1 peratus daripada peruntukan yang diberikan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sehingga bulan lepas, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata Perak menerima peruntukan sebanyak RM8.2 billion dalam RMK-9 yang terbahagi kepada perbelanjaan fizikal membabitkan pembinaan infrastruktur termasuk bangunan dan bukan fizikal iaitu penyediaan taman-taman dan menanam pokok.

“Daripada 1,565 perbelanjaan fizikal hanya sembilan sahaja yang belum siap yang sebahagian besarnya membabitkan pembinaan sekolah tetapi projek tersebut bukan dihentikan sebaliknya disebabkan masalah teknikal yang menyebabkan pembinaannya agak lewat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hotel Butik DWJ di Greentown di sini pada Khamis.

Zambry berkata projek yang belum siap itu sebenarnya bukan projek terbengkalai sepenuhnya kerana pembinaannya masih diteruskan.

“Ada antara projek ini terpaksa dihentikan seketika bagi kerja teknikal dan perubahan dalam susun atur pelan dan sebagainya yang membabitkan beberapa kementerian dan ianya telahpun diatasi,” katanya.

Zambry berkata ada juga projek yang tertangguh itu disebabkan masalah melibatkan kontraktor.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");