Perak Hari Ini

Perhimpunan depan Parlimen resam Pakatan; Dr. Zambry

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan tindakan penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang berhimpun di hadapan Bangunan Parlimen pagi tadi adalah kesinambungan apa yang berlaku di negeri ini sebelum ini.

Perkara ini belum pernah berlaku di negara ini dan menyifatkan ianya satu budaya yang diambil dari PR Perak, katanya.

Pagi tadi, kira-kira 15 orang yang menggelarkan diri mereka sebagai Demokrasi Hitam 2.0 berhimpun di hadapan bangunan parlimen sebagai tanda bantahan terhadap penggantungan beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Perhimpunan tersebut adalah bagi membantah tindakan Dewan Rakyat menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selama enam bulan kerana membuat kenyataan mengaitkan konsep 1Malaysia dengan kempen One Israel.

”Saya terkejut dengan apa yang berlaku…tetapi setelah memikirkannya semula..tindakan ini adalah tidak mengejutkan apabila budaya pakatan pembangkang telahpun mula menular masuk ke Parlimen..ianya satu amalam di dalam PR…bagaimanapun tindakan itu tidak mengkuti lunas-lunas dan apa yang diamalkan di negara ini.

”Dewan persidangan adalah tempat yang mulia dan harus dihormati dan tindakan membuat demonstrasi tersebut adalah tidak elokm,”katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian DWJ Butik Hotel di sini hari ini.

Dr Zambry berkata, dewan bukanlah tempat untuk berpesta dan bersuka ria seperti di sarkas.

Sementara itu, Dr Zambry berkata, keputusan Ketua Parti, Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Datuk Zaid  Ibrahim dan rakan-rakanya menganggotai parti tersebut adalah hak mereka yang memerlukan platform untuk berpolitik.

Zaid yang merupakan bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan mengambil alih jawatan tersebut dari Zakaria Salleh dalam satu mesyuarat yang diadakan semalam.

Mesyuarat tersebut juga bersetuju AKIM kini ditukar namanya kepada parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).
–BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");