Perak Hari Ini

Ramai sudah tahu watak Nizar – Zambry

‘Nizar yang berada dalam krisis, bukan Perak”. Itulah reaksi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir ketika mengulas tindakan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin melancarkan buku bertajuk Perak: A State of Crisis di Annexe Gallery, Kuala Lumpur, Ahad lepas.

Zambry berkata, terpulanglah kepada Mohammad Nizar untuk berbuat apa sahaja kerana yakin ramai sudah mengetahui watak pemimpin Pas itu yang sebenar.

”Semua sudah saksikan watak dia. Dia boleh kata apa watak dia begitu atau begini di Kuala Lumpur.

”Namun, semua media di Perak sudah sedar watak beliau semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak baru-baru ini dan tindak tanduknya selama ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak di sini hari ini.

Ahad lepas, Mohammad Nizar melancarkan buku tersebut terbitan sebuah laman web yang memperincikan peristiwa kejatuhan kerajaan pakatan pembangkang di Perak.

Buku tersebut merupakan kompilasi artikel tulisan peguam dan aktivis di blog, yang menyokong pakatan pembangkang.-Utusan Malaysia Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");