Perak Hari Ini

Sistem program MB dilancar

Kerajaan negeri hari ini melancarkan Sistem Pemantauan Turun Padang bagi memastikan setiap aduan rakyat semasa program turun padang Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di setiap daerah diberi perhatian dan tindakan sewajarnya boleh diambil.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Hashim berkata, dengan adanya sistem tersebut, setiap aduan dapat dikendalikan secara lebih bersistematik dan sekali gus meningkatkan kecekapan pengurusan aduan.

Katanya, setiap isu juga mudah dipantau kerana ada menu carian dan ia disimpan dalam pangkalan data.

”Skop sistem ini ialah merekodkan isu yang dikemukakan semasa aktiviti turun padang oleh Menteri Besar serta tindakan yang telah diambil.

”Sistem ini juga merekodkan laporan tindakan terhadap isu yang dikemukakan untuk tujuan pemantauan,” katanya pada Majlis Perhimpunan dan Excecutive Talk Bil 3/2010 di sini, hari ini.

Pada majlis tersebut, beliau turut melancarkan Sistem Pemantauan Turun Padang.

Menurut Abdul Rahman, pengguna sistem tersebut terdiri daripada tiga pihak iaitu Setiausaha Sulit Kanan Pejabat Menteri Besar Perak, pegawai atau penolong pegawai daerah dan kerani atau pembantu tadbir pejabat daerah.

”Setiausaha Sulit Kanan Pejabat Menteri Besar akan mengesahkan status isu yang dikemas kini oleh pegawai daerah dan memantau aduan serta tindakan yang dijana oleh sistem.

”Pegawai atau penolong daerah pula akan mengemaskini status dan tindakan yang diambil terhadap isu yang dimasukkan oleh kerani semasa program turun padang Menteri Besar ke dalam sistem ini,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");