Isu Panas

Video pengakuan cekup ADUN PAS dengan isteri orang

Kalau betul bagai dikata ini sudah jatuh kes berat.

Yang pasti PAS perlu segera tampil menjelaskan hal ini kerana ia melibatkan maruah seorang wakil rakyatnya.

Bagi mereka yang rajin melayari internet sebenarnya kisah seorang ADUN PAS Kelantan dikatakan dicekup sedang berdua-duaan bersama seorang wanita dalam koc VIP keretapi dari Kuala Lumpur ke Tumpat sudah berlegar baru-baru ini.

Namun ia menjadi semakin hangat Selasa, apabila beberapa blog menayangkan video youtube pengakuan seorang individu yang dikenali sebagai ketua keselamatan pondok-pondok PAS di Kelantan bernama Saidi Hussin mendakwa beliaulah yang cekup pasangan itu.

Wanita terbabit seorang guru dikatakan isteri kepada ketua cawangan PAS dalam kawasan DUN Semerak.

Pengakuan dalam bentuk video hampir empat minit dipercayai kali pertama disiarkan oleh blog www.papagomo.com.

Dalam email kepada Agendadaily, individu di sebalik blog tersebut memaklumkan bahawa video yang disiarkan oleh blognya itu dirakam pada 17 Disember lalu.

“Ceramah itu depan orang PAS di Selising Pasir Puteh, ada lagi video susulan dan juga video temubual ekslusif,” katanya.

Video tersebut memaparkan pengakuan Saidi bahawa beliau sanggup disaman jika dakwaan yang dibuatnya tidak benar atau fitnah.

Berdasarkan pengakuannya, beliau telah menerima aduan bahawa wanita terbabit sudah seminggu hilang tidak tahu pergi ke mana.

“Ambo cari-cari di atas keretapi VIP 1. Ambo buka pintu ustaz… (menyebut nama ADUN terbabit) pakai seluar dalam, hok tino (yang perempuan) pakai tuala merah,” katanya yang juga Ketua Keselamatan PAS Semerak.

Menurut Saidi, saksi lain penangkapan itu adalah sepupunya dikenali Haji Fauzi.

Saidi berkata, beliau kemudiannya berjumpa Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di rumah Menteri Besar itu menceritakan kejadian itu.

Beliau berbuat demikian kerana mahu Tok Guru jatuhkan apakah hukuman hudud yang boleh dikenakan terhadap pasangan tersebut tambahan pula wanita terbabit masih isteri orang.

Saidi memberitahu, Nik Aziz memintanya pulang dan datang semula keesokannya kerana mahu sembahyang sunat Istiqarah dahulu.

“Ambo kecek (cakap) ni, kalau ambo pelawok (tipu), ambo kena azab kepada Allah Taala, buat fitnah ke orang ni dosa besar tak boleh masuk syurga masuk neraka, bukan boleh piteh (wang),” katanya.

Bagaimanapun, beliau mendakwa Nik Aziz berkata, Allah Taala sudah memaafkan wakil rakyat terbabit.

“Demi Allah, Nik Aziz kata Allah Taala maaf dah ustaz……,” ujarnya. – Agenda Daily

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");