Perak Hari Ini

6,908 dvd dan vcd cetak rompak diedar guna perkhidmatan kurier

Perkhidmatan kurier kini menjadi taktik terbaru sindiket pengedaran cakera padat digital (DVD) dan cakera padat video (VCD) cetak rompak di Perak untuk mengelak kegiatan haram itu dikesan pihak berkuasa.

Ini berikutan penemuan sejumlah 6,908 keping DVD dan VCD bernilai RM69,080 yang dirampas Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri di sebuah syarikat penghantaran cepat di Medan Istana, di Ipoh, pagi ini.

Penolong Pengarahnya, Zulkifli Yaakob berkata, serbuan itu dibuat tujuh anggota dan pegawai KPDNKK di premis terbabit pada jam 6.45 pagi hasil risikan dan maklumat awam.

“Pengedaran itu berselindung dengan mengisytiharkan ia sebagai barangan alat ganti pada 10 kotak yang dikirim dari Puchong, Selangor.

“Sindiket ini menggunakan modus operandi menghantar bahan cetak rompak melalui syarikat penghantaran agar tidak dapat dikesan pihak penguatkuasa berbanding kenderaan biasa yang pasti ditahan polis atau pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Selain itu, kita juga menemui hampir 300 keping DVD dan VCD lucah dalam operasi kali ini dan ia adalah kes  kes pertama yang dikesan tahun ini.,” katanya kepada pemberita di sini.

Zulkifli berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap lima premis yang tercatat pada alamat si penerima.

“Kotak berkenaan diedar kepada lima premis yang tercatat pada alamat borang penghantaran. Premis berkenaan juga akan disiasat di bawah Seksyen 41(1)(d) Akta Hakcipta 1987 bagi memiliki bagi apa-apa kegunaan selain daripada kegunaan persendirian dan domestik apa-apa salinan langgaran.

“Jika sabit kesalahan, hukuman denda tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak lebih RM20,000 bagi setiap salinan langgaran atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");