Perak Hari Ini

Barisan kepimpinan Pemuda UMNO dan BN Perak yang baru berteraskan ‘Barisan Mendahulukan Rakyat’

Tiga prinsip utama bagi memperkasakan pergerakan Pemuda di Perak dijadikan kayu pengukur untuk pemilihan pucuk pimpinan baru sayap itu.

Ketuanya, Khairul Azwan Harun, berkata halatuju bagi pergerakan itu adalah untuk memantapkan jentera pilihanraya, memberi fokus kepada pelaksanaan gerak kerja dan memupuk semangat kerjasama berpasukan dalam konteks membela nasib rakyat.

“Pergerakan Pemuda Umno dan Pemuda BN Perak akan lebih komited membantu serta menyokong kepimpinan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sebagai pemimpin utama di negeri ini.

“Selain itu, kepimpinan barisan Pemuda Umno juga berusaha untuk memenangi hati rakyat sebagai persediaan menghadapi pilihanraya umum ke 13 nanti,” katanya.

Selain itu katanya, ‘Barisan Mendahulukan Rakyat’ itu akan mendekati golongan belia dan menjuarai aspirasi generasi muda bagi membentuk hampir 33 peratus pengundi baru di negeri ini.

“Barisan Mendahulukan Rakyat ini sama sekali tidak akan berkompromi dengan sikap pembangkang yang sentiasa memecah belahkan masyarakat di negeri ini,” katanya.

Pucuk pimpinan yang baru itu terdiri daripada Khairul Azwan yang juga Ketua Pemuda Bahagian Pasir Salak sebagai Ketua Pemuda Negeri dan Pengerusi Pemuda BN Perak diikuti Naib Ketua Pemuda Umno iaitu Mohamad Annuar Ariffin (Ketua Pemuda Bahagian Larut).

Sementara bagi Timbalan Pengerusi Pemuda BN Perak disandang oleh Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri.

Manakala, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi Pemuda BN Perak, mewakili komponen parti MCA.

Bagi komponen MIC diwakili K. Muralee, parti Gerakan diwakili Cheah Chee Kuan dan Parti Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) diwakili Mustafar Rahadi.

Masing-masing memegang jawatan Naib Pengerusi Pemuda BN Perak.-BN Perak

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");