Perak Hari Ini

Batu Gajah Semakin membangun dengan adanya Batu Gajah Sentral-YB Hamidah

Peningkatan populasi di Lembah Kinta khasnya di Batu Gajah memerlukan transformasi  pembangunan demi memenuhi aspirasi rakyat di sekitar Batu Gajah. Mengambil cabaran itu Keris Properties Sdn. Bhd. iaitu salah sebuah syarikat hartanah melabur lebih RM120 juta untuk membangunkan Batu Gajah Sentral. Batu Gajah Sentral terletak di lokasi yang strategik iaitu di antara jalan masuk ke Batu Gajah dan pentadbiran Pusing.

Kerajaan negeri Perak mengalu-alukan mana-mana pihak swasta yang berdaya saing supaya melabur di negeri Perak. Bercakap kepada pemberita selepas perasmian pelancaran projek Batu Gajah Sentral, YB Dato Hamidah Osman berkata Batu Gajah Sentral dilengkapi seperti berikut

  • Hentian bas dan Teksi sebagai pusat perkhidmatan awam
  • Hotel Moden akan mempunyai pusat konvensyen dan tempat penginapan kepada pelancong dari luar
  • Rumah kedai dan pejabat
  • Projek Perumahan kos sederhana dan rumah mampu milik berharga RM55,000.00, rumah teres, berkembar dan Banglo

Dengan adanya kemudahan ini, perkhidmatan bas dan teksi akan menjadi lebih efisien dan bersistematik. Batu Gajah Sentral ini juga akan menjadi pembangunan ‘one stop center’  bagi memudahkan perjalanan dari Terminal tambang murah ( LCCT) ke Batu Gajah dan sebaliknya

Difahamkan semua kemudahan ini akan siap lebih kurang satu tahun dari sekarang. YB Dato Hamidah Osman  Pengerusi Jawatankuasa Industri,Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita Negeri Perak sudi merasmikan pelancaran Batu Gajah Sentral ini. Beliau menambah lagi dengan adanya Batu Gajah Sentral ini maka Batu Gajah akan bertambah maju dan lebih dikenali ramai.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");