Perak Hari Ini

Dr Zambry disaran bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia-Raja Ahmad

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di saran bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia pada pemilihan parti akan datang bagi memantapkan semula sayap parti itu.

Angota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata, cadangan itu dibuat berdasarkan pengalaman luas yang dimiliki Dr Zambry yang mampu mempengaruhi dan menentukan halatuju pergerakan pemuda di masa depan.

”Pemuda Umno memerlukan seorang pemimpin yang mempunyai kriteria, kredibiliti dan bersuara lantang…saya merasakan Dr Zambry boleh menjadi ikon pemuda dengan jawatan dan pengalaman yang dimilikinya.

”Saya tidak mengatakan kita ketandusan pemimpin muda tetapi beliau (Dr Zambry) mempunyai ketokohan tersendiri dan mampu meraih lebih ramai sokongan daripada generasi muda,”katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas majlis penyamapian watikah Ketua Kampung Parlimen Larut hari ini.

Turut hadir, Penasihat Agama Menteri Besar yang juga Adun Batu Kurau, Datuk Kapten (B) Najmuddin Elias Al-hafiz dan Adun Selama, Datuk Mohamad Daud Yussof.

Raja Ahmad berkata, berdasarkan kredibilitinya yang dilihat mampu bersuara lantang untuk kepentingan pergerakan itu.

Katanya, saya mencadangkan perkara ini berdasarkan pengalamannya yang pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Perak dan Exco Pergerakan Pemuda UMNO pusat selain kepemimpinan serta kemampuan beliau menerajui Perak begitu terserlah.

”Ini bukan bermaksud kepemimpinan Pemuda UMNO sedia ada tidak berupaya menarik lebih ramai golongan belia menyertai parti sebaliknya pemilihan pemimpin berwibawa mampu memperkukuhkan pergerakan itu.

“Saya mencadangkan sedemikian bukan untuk tujuan peribadi tetapi sekadar memberi pandangan untuk memperkasakan pergerakan Pemuda UMNO, sekaligus kepentingan Barisan Nasional (BN) secara keseluruhan,” katanya

Beliau berkata, selain memiliki kelayakan akademik yang baik, Zambry antara calon berwibawa memegang jawatan itu kerana mampu bersuara lantang selain masih muda untuk memahami keinginan generasi muda hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");