Perak Hari Ini

Pengguna di Perak disaran hati-hati ketika membeli-belah-Dr Mah

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon mengingatkan setiap pengguna prihatin dengan pembelian produk makanan di pasaran kerana dikhuatiri tidak selamat untuk dimakan.

Katanya, pengguna perlu bijak berbelanja terutama menjelang musim perayaan untuk mengelak daripada mereka tertipu dengan penjualan produk makanan tamat tempoh atau rosak.

“Kebanyakan peniaga mengambil kesempatan musim perayaan dan terdekat iaitu Tahun Baru Cina dengan menjual produk makanan terutama makanan dalam tin dengan harga murah atau berbentuk hamper.

“Justeru, sebagai pengguna mereka perlu lebih peka untuk memastikan label dan keadaan bungkusan makanan itu bagi mengelak daripada mereka tertipu,” katanya.

Dr Mah berkata, menyedari masalah itu, kerajaan negeri menerusi pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Kesihatan negeri akan menjalankan operasi dikenali Ops TU yang dijalankan serentak di semua daerah sepanjang empat hari bermula 24 Januari ini.

“Tujuan operasi berkenaan untuk memantau sebarang penjualan produk makanan tidak selamat dan mengandungi kandungan kimia melebihi daripada piawaian yang ditetapkan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");