Isu Panas

Gobala:Apa lagi yang Anwar boleh kata…

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba cover line tentang tindakan Ahli Parlimen PKR Padang Serai Kedah N Gobalakrishnan ‘angkat kaki’.

Sebelum ini ketika Gobala terus menerus membalonnya menerusi twitter,kenyataan media dan sidang akhbar Anwar hanya menyepi.

Ditanya wartawan selepas satu majkis di Shah Alam Ahad,Anwar kata beliau telah lama menjangka Gobala akan keluar daripada parti itu.

Katanya tindakan Gobalakrishnan itu juga tidak menjejaskan PKR.

“Dia dah keluar tak apalah, biar kita teruskan,” katanya.

Ketua Pembangkang itu diminta mengulas tindakan Gobalakrishnan yang dilapor meninggalkan PKR dan melepaskan semua jawatannya dalam parti tersebut, semalam.

Mengulas lanjut, Anwar berkata pucuk pimpinan parti itu bagaimanapun masih belum menerima surat rasmi daripada Gobalakrishnan berkenaan perkara tersebut.

Setakat ini beliau hanya mengumumkan perkara itu menerusi laman sosial Twitter dan Setiausaha Agung parti Saifuddin Nasution Ismail telah mengarahkan beliau memberi penjelasan berhubung perkara tersebut, kata Anwar.

Dalam satu kenyataan menerusi Twitter, Gobalakrishnan yang juga Naib Presiden PKR berkata tindakannya itu disebabkan hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti.-30/1/2011

Akhirnya Gobala ucap sayonara pada PKR…

Sayonara PKR…itulah ucapan Ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan yang pagi Sabtu ambil keputusan untuk keluar parti itu dalam satu sidang media di pusat khidmatnya di Padang Serai Kedah.

Beliau mengisytiharkan dirinya keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan kini menjadi Ahli Parlimen Bebas berkuat kuasa serta merta.

Gobalakrishnan, 50, mengumumkan keputusan itu pada sidang media yang diadakan di pejabatnya di Paya Besar Lunas.Kedah.

Dengan keputusannya itu, katanya, beliau turut melepaskan jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Padang Serai.

Bagaimanapun, katanya beliau tidak akan mengeluarkan sebarang surat mengenai perkara itu kepada PKR.

“Saya sudah fed-up (bosan) dengan (Penasihat PKR Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) serta (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali, yang kini telah mengawal 100 peratus pentadbiran PKR,” katanya.

Katanya beliau bersama beberapa orang temannya terdiri daripada peguam, jurutera, doktor dan lain-lain akan menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memperjuangkan dan menjaga kepentingan pengundi di kawasan Parlimen Padang Serai.

Gobalakrishnan berkata pengorbanan dan perjuangan yang dilakukannya selama 12 tahun menjadi anggota parti itu tidak pernah dihargai dan merasa amat kecewa dengan sikap Anwar dan Azmin yang mengambil sikap membisu seribu bahasa terhadap semua komennya termasuk dalam Twitter beliau sejak dua bulan lalu.

Beliau berkata selama ini tindakan Anwar bukan sahaja memperkudakan kaum Melayu dan Cina sahaja dalam mencapai cita-citanya tetapi kaum India juga tidak terkecuali.

Katanya beliau yakin hasrat Anwar untuk menakluk Putrajaya akan tersasar sekaligus gagal kerana bagaimana mahu mentadbir negara dengan masalah dalaman parti semakin teruk.

“Kerana itulah saya membuat keputusan keluar parti yang saya juga menjadi salah seorang pengasas ketika penubuhannya.

“Nampaknya parti ini sudah nak runtuh, jadi biarlah saya keluar sebelum “rumah” ini runtuh,” katanya.

Gobalakrishnan berkata tindakannya keluar parti adalah tindakan bersendirian dan terpulanglah kepada penyokong-penyokongnya sama ada mahu ikut bersamanya atau kekal sebagai anggota PKR.

Sementara itu, Setiausaha PKR Cabang Padang Serai S. Nagalingam yang turut hadir pada sidang media itu berkata timbalan pengerusi cabang berkenaan Johari Ismail akan memangku jawatan Ketua Cabang yang dilepaskan Gobalakrishnan. – 29/1/2011

SUMBER : agendadaily.com

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");