Perak Hari Ini

Jadikan Masjid Sebagai Pusat Kemasyarakatan – Dato Hamidah

Jawatankuasa Pertubuhan Peladang Kawasan dengan kerjasama Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampun Rapat Jaya Tambahan telah berjaya menganjurkan “ Program Penanaman Nangka Madu “ kepada penduduk Rapat Jaya Tambahan yang telah berlangsung di Perkarangan Masjid Kg Rapat Jaya Tambahan Ipoh Perak.

Seramai 300 penduduk kampung menyertai program penanaman nangka madu.

Dalam ucapan perasmian, YB Dato Hamidah Osman menyatakan bahawa supaya masjid dijadikan sebagai pusat aktiviti kemasyarakatan yang mampu mendominasikan umat supaya bersatu dalam segala aspek. Beliau juga menasihati kepada peserta-peserta program supaya tidak menjadikan masjid tempat memenuhi sesuatu agenda yang tidak baik, tetapi menjadikan masjid sebagai wadah penyatuan ummah.

YB Dato Hamidah berkata, fungsi masjid ketika ini amat besar dan ketara sekali. Ia melambangkan paduan dalam urusan dunia dan akhirat. Kesempurnaan Islam sebagai ad-Din telah berjaya digambarkan oleh Rasulullah (s.a.w.) melalui peranan dan fungsi masjid ini. Dari fakta sejarah Rasulullah (s.a.w.) menjadikan Masjid sebagai tempat seperti berikut:

(1) pusat ibadah

(2) pusat pendidikan dan pengajaran,

(3) pusat penyelesaian permasalahan umat dalam aspek hukum (peradilan)

(4) pusat penjanaan ekonomi umat

(5) pusat informasi Islam,

(6) Pernah menjadi sebagai pusat latihan tentera

Ringkasnya, pada zaman Rasulullah, masjid dijadikan sebagai pusat peradaban Islam. Manakala individu-individu yang mengimarahkan masjid dipuji oleh Allah SWT sebagai golongan yang menyucikan diri mereka dari najis zahir dan najis batin (dosa).

Firman Allah SWT :

?????????? ??????? ????? ?????????? ???? ??????? ?????? ??????? ???? ??????? ????? ????? ??????? ?????????? ???? ????????????? ????????? ??????? ????????????????

Yang bermaksud : Kerana sesungguhnya masjid (Qubaa’ yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin). (Surah al-Taubah, ayat 108)

YB Dato Hamidah berharap penduduk Kg. Rapat Jaya Tambahan memperbanyakkan program seumpama ini dan meletakkan Masjid sebagai pusat pentadbiran bagi pertumbuhan ekonomi umat Islam sejagat. Pusat pengumpulan buah nangka madu boleh dibuat dalam kawasan masjid ini sebelum diagihkan ke tempat lain.

Rata-rata peserta program yang ditemui amat berterima kasih kepada Pertubuhan Peladang Kawasan dan YB Dato Hamidah Adun Sungai Rapat di atas sumbangan benih pokok nangka madu ini. menganjurkan program seumpama itu, dan mereka berharap agar kedua-dua pihak dapat menganjurkan lagi program seumpama itu pada masa akan datang.

-Pengundi Sungai Rapat

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");