Perak Hari Ini

Bantuan RM50,000 untuk kerja naiktaraf Masjid Kampung Tebuk Haji Dollah- DS Zambry

Masjid Kampung Tebuk Haji Dollah, dekat Selinsing menerima bantuan RM50,000 daripada kerajaan negeri bagi kerja menambahbaik kemudahan sedia ada agar umat Islam di kawasan itu dapat menunaikan ibadah dengan lebih selesa.

Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, ketika mengadakan lawatan kerja di Daerah Kerian dan merasmikan Projek Lampu Jalan Kampung peringkat negeri di kampung berkenaan, Selasa.

Katanya, bantuan itu akan disalurkan melalui Pejabat Kewangan negeri dan berharap kerja menaiktaraf kemudahan masjid seperti membaiki bumbung yang bocor dapat dilaksanakan dengan segera.

“Dengan sumbangan RM50,000 daripada kerajaan negeri ini, saya berharap umat Islam di sini dapat menunaikan ibadah di masjid ini dengan lebih selesa di masa akan datang,” katanya.

Terdahulu, Dr Zambry sempat beramah-mesra dengan penduduk tempatan dan kemudiannya menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah di masjid berkenaan.

Dalam ucapan ringkas selepas solat Maghrib, beliau mengingatkan umat  Islam supaya bersatu-padu walapun berbeza pendapat dan fahaman politik.

“Eratkan tali persaudaraan sesama Islam dan jangan kita berpecah-belah dan di pihak kerajaan negeri pula, kita akan berusaha melaksanakan tugas diamanahkan rakyat dengan sebaik mungkin demi kesejahteraan bersama,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");