Perak Hari Ini

Jangan salah guna Agama semata-mata untuk raih sokongan politik

Parti PAS disaran supaya berpolitik secara berhemah dan tidak mengeluarkan sebarang hukum hakam tidak masuk akal demi kepentingan politik mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata rakyat sendiri sudah muak dengan permainan politik yang digunakan PAS kerana dianggap bercanggah di antara pemimpin mereka sendiri.

“Sebenarnya rakyat sudah mual dan meluat dengan cara PAS berpolitik, mengeluarkan hukum-hakam untuk menakut-nakutkan umat Islam demi meraih sokongan dan undi.

“Ini merupakan satu taktik yang kotor lagi keji sebetulnya kerana mempergunakan agama sebagai umpan politik,” katanya.

Beliau berkata, parti itu sepatutnya menghentikan perbuatan sedemikian kerana ia bukan perkara baru yang dilakukan PAS semata-mata untuk meraih undi rakyat.

“Ingin saya sarankan, hentikanlah amalan itu, sudah-sudahlah. Pengundi terutamanya umat Islam sudah bosan dengan amalan PAS yang masih tidak berubah,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");