Perak Hari Ini

Peniaga jangan ambil kesempatan naikkan harga barang

Peniaga di negeri ini diminta tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang keperluan menjelang sambutan perayaan Tahun Baru Cina minggu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar dan Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati.

Beliau memberitahu, tindakan tegas termasuk denda dan kompaun akan diambil kepada peniaga yang melanggar peraturan tersebut mengikut Seksyen 22 Akta Kawalan Harga 1946.

Menurutnya, peniaga perlu mematuhi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan yang diperkenalkan oleh KPDNKK bagi mengatasi kerenah birokrasi di kalangan peniaga.

Katanya, berpandukan senarai harga barangan terkawal yang dikeluarkan oleh KPDNKK, ia mampu mengelakkan pengguna daripada ditipu oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.

“Skim tersebut dapat mengelakkan peniaga menaikkan harga barang keperluan sesuka hati terutama pada musim perayaan,” katanya.

Beliau menjelaskan demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan pemeriksaan skim tersebut sempena sambutan Tahun Baru Cina di Pasar Besar Ipoh, di sini hari ini.

Hang Soon berkata, setiap harga barang yang tersenarai sebagai harga terkawal diletakkan dengan tanda harga berwarna merah jambu.

Antara 11 barangan terkawal tersenarai dalam skim tersebut yang berkuatkuasa hari ini hingga 10 Februari depan adalah ayam, telur ayam, kubis bulat, ikan bawal putih dan udang putih.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");