Perak Hari Ini

Jeti baru bakal kurang kesesakan di Pulau Pangkor

Pembinaan jeti baru bernilai RM1.9 juta di Sungai Pinang Kecil dijangka dapat mengurangkan kesesakan di jeti utama di Pulau Pangkor.

Ini sekaligus akan dapat juga membantu penduduk setempat berulang-alik ke tanah besar.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata peruntukan jeti berkenaan yang diperolehi daripada Kementerian Kerja Raya dapat menampung keperluan lebih 5,000 penduduk di Pulau Pangkor.

“Kerja pembinaan jeti itu sudah dimulakan sejak dua tahun lalu dan ia bertujuan untuk mengurangkan kesesakan terutama ketika musim perayaan dan cuti hujung minggu.

“Selain itu, kemudahan itu dijangka dapat menarik lebih banyak kedatangan pengunjung luar ke Pangkor,” katanya.

Katanya, pembinaan jeti itu sebagai alternatif untuk menyelesaikan kesukaran penduduk di beberapa kampung di Pulau Pangkor untuk berulang-alik ke tanah besar.

“Kita menganggarkan lebih 20,000 pengguna menggunakan jeti di Sungai Pinang Besar setiap kali musim perayaan.

“Oleh itu, pembukaan jeti baru itu dapat mengatasi masalah kesesakan yang sebelum ini terpaksa dialami penduduk setempat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");