Perak Hari Ini

JKKK digesa anjur program dekati remaja- Raja Ahmad Zainuddin

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) digesa agar mengadakan program mendekati remaja yang bakal mewarisi dan meneruskan agenda pembangunan negara di masa akan datang.

Adun Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, berkata dewan orang ramai harus diaktifkan dengan program yang boleh menarik penyertaan golongan remaja.

Antara program yang wajar diberi perhatian ialah mendalami ilmu teknologi maklumat (IT) selaras dengan perkembangan semasa.

“Program IT wajar diberi perhatian oleh golongan remaja dan tidak terkecuali juga ahli JKKK itu sendiri untuk mendalami bidang ini selaras dengan tuntutan dunia global,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian komputer kepada ketua kampung DUN Kubu Gajah di Pejabat Penghulu Ijok, baru-baru ini.

Hadir sama, Penghulu Mukim Ijok, Mohd Fauzi Razali dan Pegawai KEMAS Daerah Larut, Matang dan Selama, Faridah Sailan.

Tegasnya lagi, dengan adanya kemudahan tersebut, ia dapat memudahkan ketua kampung berurusan dengan lebih cekap selain menggalakkan perkembangan IT di kawasan mereka.

Tambahnya lagi, kursus khas mengenai penggunaaan komputer telah diadakan kepada semua ketua kampung dan Ketua UMNO cawangan DUN Kubu Gajah pada tahun lalu.

“Mereka didapati begitu bersemangat mendalami ilmu IT walaupun kursus itu diadakan dalam masa yang singkat,” katanya.

Sementara itu, semua kampung di DUN Kubu Gajah akan menikmati kemudahan Wifi secara percuma tidak lagi lagi, kata Ahmad Zainuddin.

“Pemasangannya akan dilancarkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada Ahad ini,” jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");