Perak Hari Ini

Kaum Singh kecewa

INSIDEN rambut seorang remaja, Basant Singh digunting ketika dia sedang tidur di kem Pusat Latihan Khidmat Negara di Sungai Bakap, Ahad lalu cukup mengecewakan kaum Singh.

Kekecewaan lebih tergambar apabila aduan remaja itu, anak kepada paderi di Gurdawara di Ipoh, Surinderpal Singh yang rambutnya dipotong semasa tidur dipandang ringan.

Komandan di kem itu menyatakan ia adalah perkara kecil yang biasa dilakukan oleh peserta-peserta yang nakal.

Kalau begitu, apa sebenarnya tujuan Latihan Khidmat Negara ini?

Bagi kaum Sikh rambut yang panjang adalah lambang kesucian dan ia merupakan amalan agama mereka.

Kami, kaum Sikh yang sekian lama menyokong segala usaha dan tindakan kerajaan berharap perkara ini dapat diselesaikan secara baik. Jadikanlah ia sebagai iktibar kepada semua pihak.

BALBEER SINGH KOTLI

Sumber-Utusan Malaysia Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");