Perak Hari Ini

Kaunter Pandu Masuk MBI dibuka semula hari ini

Dengan rekabentuk dan kawasan persekitaran yang menarik, Kaunter Pandu Masuk yang ditutup sejak empat bulan lalu dibuka semula hari ini, bagi memudahkan wargakota membuat pembayaran semua bayaran bil Majlis Bandraya Ipoh (MBI) dan bil kutipan setempat dengan lebih cepat dan selesa.

Kerja pengubahsuaian kaunter yang membabitkan kos RM95,000 yang dilakukan sebelum ini dapat memberi keselesaan kepada petugas kerana keadaan kaunter yang luas serta dilengkapi penghawa dingin dan tandas selain dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dan struktur konkrit bagi mengelak terdedah kepada bahaya.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim, berkata bayaran boleh dibuat secara tunai dan cek dengan membawa bil terkini dan resit rasmi akan dikeluarkan oleh kakitangan bertugas.

“Wargakota digalakkan untuk mengunakan kemudahan Kaunter Pandu Masuk ini kerana urusan bayaran bil dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang singkat iaitu sekitar lima minit sahaja.

“Selain cepat dan selesa, kaunter ini juga boleh menjadi penyelesaian alternatif kepada masalah kekurangan tempat letak kereta yang sering dihadapi wargakota ketika berurusan di pejabat MBI,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kaunter Pandu Masuk MBI, pagi ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Roshidi berkata, kaunter itu dibuka dari jam 8.15 pagi hingga 3.30 petang pada hari Isnin hingga Khamis dan MBI kini dalam perancangan untuk membuka kaunter pada hari Jumaat mengikut tempoh masa yang sama.

Sementara itu, Hassan Yahya, dari Kampung Batu 6, dekat Tambun, menyambut baik langkah MBI membuka semula kaunter itu yang diakui dapat memudahkan urusan wargota membayar semua bil MBI dan utiliti seperti bil air, telefon dan elektrik.

Ia juga katanya, dapat mengelakkan kesesakan di kaunter pejabat MBI dan wargakota juga boleh berurusan di Kaunter Pandu Masuk tanpa perlu keluar dari kereta selain selesa dan menjimatkan masa mereka.

“Selain itu, ia juga dilengkapi dengan ciri keselamatan dan rekabentuk yang menarik dan saya yakin wargakota Ipoh tidak akan melepaskan peluang untuk menggunakan kemudahan ini yang sememangnya ditunggu-tunggu pembayar cukai,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");