Isu Panas

Kemelut dalaman DAP yang tak kita sedari.

Saya difahamkan, sebuah akhbar cina yang bertarikh 14 Januari lalu secara jelas mendedahkan mengenai budaya berpuak-puak yang telah wujud didalam parti serta kepimpinan DAP didalam negara ini. Penulis akhbar tersebut menyifatkan bahawa DAP kini sedang berada didalam krisis yang amat kritikal dan mampu melenyapkan parti tersebut jika masalah ini tak diatasi.

Artikel dari penulis yang menggunakan nama Au Shi didalam akhbar China Press ini memperincikan tentang bagaimana kemelut perpecahan didalam DAP bakal menyebabkan Pakatan tak akan berupaya menandingi kerajaan Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum yang akan datang.

Bukan sahaja itu, penulis ini juga berpendapat bahawa negara-negara yang dikuasai oleh DAP sekarang ini pasti akan terlepas dari genggaman mereka. Ini semua menjadi persoalan utama sama ada ia tidak disedari oleh pemimpin-pemimpin atasan DAP sendiri. Dan masalah ini dikatakan telah sampai ke pengetahuan Ketua Umum Pakatan iaitu Anwar Ibrahim.

Saya berpendapat, pemimpin-pemimpin DAP memang bijak menyembunyikan segala permasalahan yang berlaku didalam parti mereka. Jika tidak, masakan kita terlepas pandang mengenai hal sebesar ini. Kita selama ini hanya memfokuskan kepada PAS dan PKR sahaja tanpa menyedari bahawa terdapat kemelut yang lagi hebat didalam DAP. Inilah yang perlu diteliti oleh pemimpin dan juga penyokong kerajaan.

Setelah saya halusi artikel dari penulis di China Press tersebut, ada logiknya segala apa yang diutarakannya. Kita selama ini tak sedar bahawa pergolakan dalaman DAP ini sudah berada didalam keadaan kritikal. Tetapi itulah yang sedang berlaku dan cuba diselindung dari pengetahuan pihak media negara.

DAP yang kita ketahui adalah didominasi oleh kaum cina.., tapi kita terlepas pandang bahawa didalam pemilihan mereka yang lalu, calon tertinggi DAP di P.,Pinang adalah dari kaum India. Malangnya, Pengerusi DAP di P.Pinang telah diserahkan kepada kaum Cina. Ini sahaja telah menunjukkan bahawa DAP taklah bertoleransi seperti yang diwar-warkan.

Jika semua ini diambil kira, saya berpendapat bahawa perbalahan diantara pemimpin DAP adalah lebih kurang sama dengan pemimpin-pemimpin PKR sewaktu didalam pemilihan mereka. Sifat tamakkan kuasa tak lagi dapat dibendung setelah para pemimpin DAP berkuasa di beberapa negeri di Malaysia. Inilah yang dikatakan sebagai mabuk kuasa.

Sebelum ini mereka belum lagi tahu bagaimana susahnya mengawal kuasa pemerintahan. Tetapi hanya dengan sedikit kuasa yang diperolehi mereka selepas PRU12 lalu, habis berselerak kesemuanya hanya kerana berebutkan kuasa tersebut.

Bagi saya, inilah kelebihan yang ada pada kepimpinan Barisan Nasional. Cuba bayangkan parti yang sebesar ini mampu mentadbir negara dengan baik dan juga membahagikan kuasa dengan adil dikalangan semua pemimpin parti komponennya. Sehingga kini, mustahil ada parti yang mampu menandingi serta menyaingi keupayaan yang ditunjukkan oleh kepimpinan BN.

Sama ada DAP, PAS atau pun PKR, mereka kesemuanya tak akan berupaya meniru formula persefahaman yang diamalkan didalam BN selama 50 tahun ini biarpun mereka menubuhkan Pakatan Rakyat. Produk tiruan takkan sama dengan Produk yang asli. Inilah yang sedang terjadi didalam gerombolan Pakatan.

Biarpun sekuat mana mereka cuba meniru BN dan meyakinkan rakyat bahawa mereka mampu jadi lebih baik, kegagalan pasti akan datang kepada mereka kerana impian setiap mereka didalam Pakatan langsung tak sama. Jika tiada impian yang selari untuk memajukan negara, mana mungkin keikhlasan berkongsi kuasa dapat direalisasikan?

Inilah yang terjadi didalam DAP sekarang. Semuanya ada impian dan matlamat masing-masing. Dan kerakusan untuk memperolehi kuasa sambil berebut semasa sendiri, pasti akan mempercepatkan proses keruntuhan parti mereka sendiri,. Kita tunggu lah sahaja waktu dan ketikanya tiba.

SUMBER : mykmu.net

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");