Kolumnis

LAYAKKAH NIK AZIZ SEBAGAI PEMIMPIN? (Bhg 2)

Bukan semua kecacatan yang menyebabkan seseorang itu tidak boleh dilantik sebagai pemimpin. Dan bukan semua kecacatan pancaindera yang menghalang seseorang itu daripada dilantik sebagai pemimpin. Setidak-tidaknya, ada dua kecacatan pancaindera yang tidak mempengaruhi kepemimpinannya iaitu:

(1)     Cacat pada hidung yang menyebabkan dia tidak mampu menghidu bau sesuatu benda.

(2)     Kehilangan deria perasa yang dapat membezakan rasa makanan.

Kedua-dua kecacatan di atas tidak mempengaruhi kepemimpinan seseorang pemimpin. Sebabnya, kedua-dua kecatatan tersebut hanya mempengaruhi kenikmatan tetapi tidak mempengaruhi pola pemikiran dan perbuatan.

Bagaimanapun, ulama-ulama saling memperdebatkan tentang dua kecacatan yang boleh mempengaruhi kepemimpinan iaitu:

(1)     Tuli

(2)     Bisu

Kedua-dua kecacatan tersebut menyebabkan seseorang itu tidak sah dilantik sebagai pemimpin atau imam, kerana dia tidak memiliki sifat-sifat yang lengkap. Pun begitu, para ulama tidak sependapat sama ada kecacatan berkenaan boleh membuatkan seseorang pemimpin berundur daripada jawatannya atau sebaliknya.

Sekelompok ulama berpendapat kedua-dua kecacatan tersebut mengharuskan seorang pemimpin berundur daripada kepemimpinannya, sama seperti orang yang hilang daya penglihatannya kerana kedua-dua kecacatan berkenaan akan mengganggu tugas-tugasnya selaku seorang pemimpin.

Sebilangan ulama pula berpendapat, kedua-dua kecacatan tersebut tidak memerlukannya berundur daripada jawatannya kerana masih wujud bahasa isyarat yang boleh menggantikan peranan telinga dan mulut. Pemimpin yang mempunyai kedua-dua kecacatan tersebut dikatakan tidak perlu berundur daripada kepemimpinannya kecuali jikalau dia cacat sepenuhnya.

Sekelompok ulama pula berpendapat, seandainya pemimpin berkenaan mampu menulis dengan baik, dia tidak perlu berundur daripada jawatan dan kepemimpinannya. Bagaimanapun jikalau dia tidak mampu menulis dengan baik, dia harus berundur daripada jawatannya kerana bahasa tulisan lebih mudah difahami oleh kebanyakan rakyat berbanding bahasa isyarat. Pendapat yang benar adalah pendapat yang pertama.

Ada pun bagi masalah gagap serta pendengaran tidak normal tetapi masih boleh mendengar suara yang keras, seandainya kedua-dua masalah ini berlaku, pemimpin berkenaan tidak perlu berundur daripada jawatan dan kepemimpinannya.

Bagaimanapun para ulama tidak sependapat dalam masalah ini. Satu kelompok berpendapat bahawa kedua-dua kecacatan tubuh itu tidak menghalang pemilihan, kerana kedua-dua adalah cacat yang membuatkan seseorang itu tidak normal.

Manakala sebahagian ulama pula berpendapat, bahawa kedua-dua cacat tersebut tidak menghalangi pemilihan kerana gagap yang berlaku kepada Nabi Musa a.s tidak menghalangnya daripada menjadi seorang pemimpin.

Hilangnya Anggota Tubuh

Hilangnya anggota tubuh terbahagi kepada empat bahagian:

Bahagian pertama, hilangnya anggota tubuh yang tidak menghalang seseorang untuk dilantik sebagai pemimpin dan tidak menghentikan kepemimpinannya iaitu hilangnya anggota tubuh yang tidak mempengaruhi pola pemikirannya, tindakan, gerak dan ketajaman penglihatannya. Misalnya, seorang pemimpin yang terpotong kemaluannya, kehilangan anggota tubuh itu tidak menghalangnya daripada dilantik sebagai pemimpin dan tidak langsung menghentikan kelangsungan kepemimpinannya kerana kehilangan kemaluan itu hanya mempengaruhi reproduksi dan tidak mempengaruhi keupayaan pemikiran dan kecerdasan si pemimpin berkenaan. Perkara yang sama juga apabila seseorang pemimpin itu mengalami kemandulan.

Allah Taala mensifati Nabi Yahya bin Zakaria a.s dengan sifat tersebut dan memujinya dalam firman-Nya dalam surah Ali Imran ayat 30 yang bermaksud:

“Dan yang menjadi ikutan, dan menahan diri (dari hawa nafsu) dan seorang nabi termasuk keturunan orang-orang soleh.”

Ada dua penafsiran tentang perkataan ‘hashur’ (menahan diri) dalam ayat tersebut .

(i)                   Bahawa yang dimaksudkan dengan perkataan tersebut adalah mati pucuk, iaitu lelaki yang tidak mampu ‘menggauli wanita. Tafsiran ini dikemukakan oleh Ibn Mas’ud dan Ibn Abbas.

(ii)                 Bahawa yang dimaksudkan dengan perkataan tersebut ialah orang yang tidak mempunyai kemaluan yang dengannya dia boleh ‘menggauli’ wanita atau memiliki kemaluan tetapi bersaiz kecil seperti biji. Tafsiran ini dikemukakan oleh Said bin Al-Musayyib.

Seandainya hal tersebut tidak menghalang Nabi Yahya a.s daripada menjadi seorang nabi, maka sudah tentulah sangat layak jikalau perkara tersebut juga tidak menghalangi seseorang daripada menjadi pemimpin.

Begitu juga halnya jikalau pemimpin berkenaan cacat dan kehilangan kedua-dua belah cuping telinganya. Hal itu juga tidak mengurangi kepemimpinannya atau haknya sebagai seorang pemimpin. Ketiadaan cuping telinganya tidak akan mengurangkan daya fikirnya dan tindakan yang dilakukan. Apatah lagi ia adalah cacat ringan yang boleh disembunyikan sehingga tidak terlihat kecacatan berkenaan.

Bahagian kedua, hilangnya anggota tubuh yang menghalang seseorang untuk menjadi pemimpin dan membatalkan kelangsungan kepemimpinannya iaitu hilangnya anggota tubuh yang mempengaruhi kerja, seperti hilangnya kedua-dua belah tangan atau yang mempengaruhi pergerakan seperti kaki. Dalam keadaan seperti ini, seseorang itu tidak sah dilantik sebagai pemimpin dan kepemimpinannya pun berakhir kerana dia tidak mampu menunaikan hak-hak ummat iaitu kerja dan bertindak cepat.

Bahagian ketiga, hilangnya anggota tubuh yang menghalangi seseorang untuk dipilih sebagai pemimpin dan diperdebatkan sah tidaknya kelangsungan kepemimpinannya iaitu hilangnya anggota tubuh yang menyebabkan seseorang hanya mampu mengerjakan sebahagian pekerjaan seperti hilangnya salah satu tangan atau salah satu kaki. Dalam keadaan seperti itu, dia tidak sah diangkat menjadi pemimpin kerana dia tidak mampu bertindak dengan sempurna. Seandainya kehilangan anggota tubuh itu berlaku ketika dia telah dilantik sebagai pemimpin, maka terdapat dua pendapat fuqaha tentang keabsahan kelangsungan kepemimpinannya;

(a)     Dia harus berundur daripada kepemimpinannya kerana sebagaimana dalam keadaan seperti itu, dia tidak sah diangkat menjadi pemimpin, maka kelangsungan kepemimpinannya juga tidak sah.

(b)     Dia tidak harus berundur daripada kepemimpinannya sekalipun jika dia berada dalam keadaan seperti itu, dia tidak sah diangkat menjadi pemimpin kerana pada awal pemilihan (perlantikan) dia disyaratkan mempunyai fizikal yang sempurna; dia harus berundur seandainya fizikalnya benar-benar tidak sempurna.

Bahagian keempat, iaitu hilangnya anggota tubuh yang menghentikan kelangsungan kepemimpinan dan diperdebatkan apakah hal tersebut menghalangi seseorang untuk diangkat sebagai pemimpin iaitu seperti kelainan fizikal yang tidak mempengaruhi kerja dan gerak seperti bentuk hidung yang pelik, atau salah satu matanya tidak boleh melihat dengan jelas. Keadaan seperti itu tidak membatalkan kepemimpinanya kerana sedikit pun tidak mempengaruhi hak-haknya.

Adakah keadaan tersebut sebenarnya menghalang seseorang untuk diangkat sebagai pemimpin atau sebaliknya? Ada dua pendapat para fuqaha dalam hal ini:

(a)     Itu tidak menghalang perlantikan dirinya kerana hal tersebut tidak termasuk kriteria dan kerana hal tersebut tidak mempengaruhi sedikit pun hak-haknya.

(b)     Hal tersebut menghalang perlantikan dirinya kerana kesempurnaan fizikal adalah syarat sahnya perlantikan pemimpin agar para pemimpin agama selamat daripada kecacatan yang menyebabkannya dihina dan bebas daripada ketidaksempurnaan yang membuatkannya menjadi bahan ejekan serta menyebabkan kewibawaannya berkurang. Jikalau kewibawaannya menurun, dia tidak akan ditaati oleh rakyat. Jika itu terjadi, maka itu akan hak-hak ummat.

Bersambung

Penulis: Kelembai Bukit untuk Perak Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");