Perak Hari Ini

MBI berhasrat untuk mencapai sifar longgokkan sampah haram di Bandaraya Ipoh sebelum 27 Mei

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tidak akan meluluskan mana-mana permohonan baru untuk meswastakan kerja-kerja pembersihan dan pelupusan sisa pepejal di kawasan bandaraya ini, kata Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim.

Kami mempunyai jumlah kakitangan dan peralatan yang mencukupi untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut dan tidak memerlukan kerja-kerja tersebut diswastakan, katanya.

”MBI mengambil pendirian ini kerana tidak mahu berhutang dengan pihak swasta selain mempunyai kakitangan yang komited untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pembuangan sisa pepejal….dan ianya adalah keputusan bersama dan disokong kesemua 1,000 kakitangan majlis,”katanya kepada Perak Today hari ini.

Roshidi berkata, bagaimanapun kerja-kerja pelupusan sampah yang telahpun diswastakan sebelum ini akan diteruskan kerana majlis kini sedang memberi perhatian utama dalam kerja-kerja pembersihan sampah bagi memastikan Bandaraya Ipoh sentiasa hijau, bersih dan membangun.

Selain itu, katanya, melalui beberapa kempen yang dianjurkan sejak setahun lalu dan pemantauan yang berterusan pihaknya berjaya mengurangkan lokasi longgokan sampah haram yang dahulunya berjumlah lebih 13,000 kepada 6,000 lokasi.

”Difahamkan pada akhir 2010, lokasi ini telah turun mendadak kepada 1,600 tempat dan saya amat berpuashati dengan pencapaian ini,”katanya.

Roshidi berkata MBI berhasrat untuk mencapai sifar longgokkan sampah haram di Bandaraya Ipoh sebelum 27 Mei sempena sambutan Hari Bandaraya Ipoh.-Husin

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");