Perak Hari Ini

Pas Perak panik, cuba menutup kebenaran bahawa parti mereka bermasalah dan berpecah

Pas Perak semakin panik selepas cuba menutup kebenaran bahawa parti mereka bermasalah dan berpecah.

Ketua Pemuda UMNO Kuala Kangsar, Maslin Sham Razman berkata, tuduhan Setiausaha Pas Negeri, Misbahul Munir Masduki bahawa UMNO Perak berpecah adalah tindakan terdesak untuk menutup masalah utama mereka.

Beliau berkata, pemimpin Pas itu tetap mahu menyalahkan UMNO untuk mengelakkan rakyat mengetahui keadaan sebenar parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu.

“Kita dalam UMNO memang tiada masalah dalaman. Perjuangan kita tetap konsisten dengan perjuangan asal untuk mendahulukan rakyat dan bukannya untuk perjuangan sesetengah pihak.

“Nampaknya Pas keliru untuk mengikut rentak siapa. Sama ada perlu ikut kelompok perjuangan asal atau ikut wakil ejen DAP dalam parti itu,” katanya kepada Sinar Harian dalam satu kenyataan, semalam.

Menurut Maslin, keadaan sekarang sudah jelas memperlihatkan ada kelompok yang tidak rela Pas dikudakan oleh pihak yang ada kepentingan lain selain dari perjuangan asal.

Beliau berkata, masalah itu tidak boleh disorok atau dinafikan oleh parti Pas untuk menuduh parti UMNO yang bermasalah sekarang ini dan ia adalah punca pergeseran dalam parti pembangkang itu.

“Secara diam, cukup ramai pengikut asal Pas sudah berjumpa dengan pihak UMNO untuk memberi sokongan kerana sudah tidak percaya dengan kepimpinan parti Pas itu sendiri.

“Ini adalah tanda-tanda parti Pas yang kini sedang bermasalah dan bukannya parti UMNO. Ini tidak berlaku dalam parti UMNO yang mana kesetiaan ahli terhadap parti tidak boleh dipertikaikan lagi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Ipoh Barat, Syamsul Bahrin Putra Ahmad Shidi berkata, Dewan Pemuda Pas negeri juga seolah-olah tidak dapat menafikan perkara ini dan terpaksa meminta Misbahul Munir menjawab dakwaan yang ditimbulkan Pemuda UMNO.

Beliau berkata, pemimpin Pas tidak perlu bersungguh-sungguh menafikan masalah yang mereka hadapi sebaliknya mencari jalan penyelesaian sendiri tanpa menuduh UMNO yang kononnya berpecah.-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");