Perak Hari Ini

MPKK lulus pelan permohonan pemajuan melalui OSC Online

Semua permohonan pelan pemajuan yang dibuat melalui Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) berjaya diselesaikan melalui kemudahan portal Sistem Pusat Setempat Dalam Talian (OSC Online).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, jumlah itu memperlihatkan kemampuan pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri itu dalam memberikan perkhidmatan berkualiti dan efisien kepada orang ramai.

Katanya, melalui OSC Online itu, ia akan menjadi satu saluran yang membolehkan PBT menerima maklum balas secara tepat dan cepat selain boleh dilakukan pada bila-bila masa.

“Tahun lalu, sebanyak 96.1 peratus daripada 22,859 permohonan pelan-pelan pemajuan di negeri ini berjaya diselesaikan melalui OSC Online dan melalui MPKK pula kita mencatatkan 100 peratus kelulusan permohonan.

“Jadi kita mengharapkan prestasi ini akan berterusan dan menjadi contoh kepada PBT lain dalam melaksanakan kemudahan seumpama itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pelancaran OSC Online secara serentak kepada 10 PBT melalui persidangan video yang dilancarkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Wira Chor Chee Cheung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini semalam.

Sepuluh PBT terlibat adalah Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Majlis Perbandaran Kuantan, Majlis Perbandaran Alor Gajah, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Majlis Perbandaran Sepang dan Majlis Perbandaran Nilai.

Hang Soon berkata, OSC Online adalah satu usaha kementerian untuk memberikan perkhidmatan yang telus sekali gus mempertingkatkan penyampaian kepada pelanggan dengan cara yang lebih berkesan.

Menurutnya, melalui kemudahan itu, ia dapat memodenkan proses mengemukakan pelan menjadi lebih cepat dan rekod-rekod pembangunan dapat disimpan secara lebih teratur.

“OSC Online diharap dapat menarik ramai pelabur termasuk pelabur dari luar negara dan menyakinkan mereka bahawa urusan melalui perkhidmatan ini tidak akan mengambil masa yang lama,” katanya.

Beliau menyasarkan lebih banyak PBT di negeri ini untuk menubuhkan OSC Online sendiri dan Majlis Perbandaran Manjung menjadi PBT selepas MPKK yang mempunyai kemudahan itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");