Perak Hari Ini

PAC tegur BPPKN gagal kutip RM27.16 juta tunggakan pinjaman

Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) Negeri Perak menegur Bahagian Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri (BPPKN) di atas kegagalan pihak itu mendapatkan semula tunggakan pinjaman yang dianggarkan berjumlah RM27.16 juta.

Pengerusinya, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, berkata sehingga 2009, tunggakan itu membabitkan 181 peminjam  dan laporan audit PAC mendapati, BPPKN tidak mengeluarkan notis untuk mendapatkan balik pinjaman yang tertunggak sejak 1981 lagi.

“Selain itu, kita juga mendapati bahagian itu gagal mengemas kini pangkalan datanya,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama PAC di Ipoh, hari ini.

Sementara itu, ketua jabatan terbabit akan dipanggil dalam mesyuarat PAC akan datang bagi mendapatkan penjelasan mengenai kes pinjaman pelajaran yang tertunggak.

“Usaha perlu dilakukan untuk mendapatkan semula pinjaman tersebut kerana ia amat penting bagi memberi peluang kepada peminjam-peminjam baru.

“Pelajar yang menerima pinjaman tersebut melanjutkan pelajaran  samada di dalam mahupun di luar negara di peringkat diploma dan ijazah,” jelasnya lagi.

PAC juga katanya, memberi cadangan kepada BPKN agar menghubungi peminjam melalui saluran media elektronik, cetak atau khidmat pesanan ringkas (SMS).

“Kita juga memberi teguran berkaitan cara pemberian bantuan kebajikan dan meminta senarai E-Kasih disemak semula kerana ada kes orang yang sudah meninggal dunia masih menerima bantuan tersebut.

“Masalah pencemaran sungai dan pengambilan pasir juga perlu diberi perhatian selain isu tapak pelupusan sampah yang dikawal selia pihak kerajaan tempatan,” jelasnya.

Raja Ahmad Zainuddin berkata, kecuaian membekal bahan makanan ke sekolah-sekolah berasrama penuh agama kerajaan negeri juga turut mendapat perhatian PAC.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");