Kolumnis

PANAS! JANGAN HAIRAN SUATU HARI NIK AZIZ JADI BERHALA

Sikap memberi hormat yang keterlaluan sudah berakar umbi dalam masyarakat Melayu-Islam di negara ini. Ketaksuban mereka terhadap pemimpin adakalanya sudah sampai ke tahap pemujaan, sekaligus membuatkan mereka mengenepikan perintah Allah Taala dan peringatan Nabi s.a.w dalam hal ini.

Kita boleh melihat contoh ini dengan mudah. Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah seorang guru agama, Mursyidul Am, dan Menteri Besar Kelantan. Sekalipun Nik Abdul Aziz tidak pernah mengangkat dirinya, tetapi perasaan kagum para pengikut terhadap dirinya telah menjadi sangat keterlaluan. Bahkan sehingga sampai ke peringkat taksub.

Sebarang kata-kata yang keluar dari mulut Nik Abdul Aziz akan dianggap benar dan tidak boleh disanggah, bahkan apa-apa sahaja yang dilakukan oleh Nik Abdul Aziz tidak boleh dipertikaikan. Nik Abdul Aziz sendiri bagi mereka adalah seorang ulama. Dan berpegang kepada pendapat bahawa melawan ulama adalah satu dosa, maka kebanyakan pengikut yang sebenarnya jahil, mula menjadikan Nik Abdul Aziz sebagai pemujaan mereka.

Atau dengan kata lain, Nik Abdul Aziz telah ditanggapi dengan cara yang sangat berlebih-lebihan.

Bersikap secara berlebihan-lebihan terhadap para Nabi a.s, orang-orang soleh dan orang-orang sufi, akan mendorong kepada perbuatan sesat. Kecenderungan golongan jahil yang mengkultuskan seseorang akan menyebabkan mereka secara tidak langsung atau secara langsung mencampurkan fahaman yang dianuti secara turun-temurun dengan fahaman yang benar. Bahkan apa-apa sahaja yang diajarkan oleh orang yang dikultuskan itu akan diterima meskipun menyimpang daripada nas-nas agama.

Berlebih-lebihan dalam pengkultusan kepada seseorang pemimpin dan tokoh tertentu akan menyebabkan umat Islam terjebak pula dalam satu sekte (aliran) yang lebih buruk daripada yang dilakukan oleh kaum Nasrani.

Keadaan semacam inilah yang digambarkan dalam kitab Allah Taala yang bermaksud:

Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) Isa Al-Masih, putera Maryam; padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Maha Esa, tidak ada Tuhan selain Dia, Maha Suci Allah daripada apa yang mereka persekutukan (at-Taubah, ayat 31)

Dalam Surah Al-Hadid ayat 27, Allah Taala menjelaskan (yang bermaksud);

Dan mereka mengada-adakan rabbaniyyah padahal Kami tidak mewajibkannya kepada mereka tetapi mereka sendirilah yang mengada-adakannya untuk mencari keredhaan Allah, lalu mereka tidak memeliharanya dengan pemeliharaan yang semestinya. Maka Kami berikan kepada orang-orang yang beriman di antara mereka pahalanya dan banyak di antara mereka orang-orang fasiq. (Al-Hadid ayat 27)

Allah Taala turut menceritakan tentang perbantahan antara Yahudi dan Nasrani sehingga kedua-dua golongan tersebut mewujudkan sesuatu yang akhirnya menyalahi agama mereka sendiri.

Dan orang-orang Yahudi berkata, “Orang Nasrani tidak memiliki suatu pegangan,” dan orang Nasrani pula berkata, “Orang Yahudi tidak mempunyai suatu pegangan,” padahal mereka (sama-sama) membaca Al-Kitab. Demikian pula orang-orang yang tidak mengetahui, mengatakan seperti ucapan mereka itu. Maka Allah akan mengadlili antara mereka pada hari kiamat, tentang apa-apa yang berselisih padanya. (Al-Baqarah ayat 113)

Mirip kepada perbantahan antara Nasrani dan Yahudi itu adalah perselisihan antara golongan alim (berilmu) dengan kaum tasawuf. Golongan alim mengatakan bahawa orang tasawuf sebenarnya tidak memiliki pedoman yang jelas, dan mereka adalah kaum yang sebenarnya bodoh dan sesat. Segelintir kaum tasawuf pula sangat dikenali kerana kegemaran mereka mengabaikan syariat-syariat Allah dan ilmu pengetahuan kerana mereka beranggapan bahawa berpegang kepada syariat dan ilmu pengetahuan akan membelenggu diri mereka sehingga mengganggu hubungan mereka dengan Allah Taala.

Sesungguhnya antara pendapat-pendapat itu, yang manakah yang benar? Secara tegas, dapat dijawab bahawa hanya al Quran dan hadislah pedoman yang paling haq, bukan selain itu.

Kerana sikap yang berlebih-lebihan itulah, akhirnya terjebak kepada perpecahan. Dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa kaum Yahudi akan berpecah menjadi 71 kelompok atau 72 kelompok. Begitupun umat Nasrani akan berpecah menjadi 71 kelompok. Umat Islam sendiri menurut hadis tersebut akan berpecah kepada 73 golongan, melebihi perpecahan kaum Yahudi. Demikian Abu Dawud, Ibn Majjah dan Tirmidzi merawikan dalam hadis yang hasan dan sahih.

Salah satu sebab terjadinya perpecahan ialah kerana perbalahan antara umat Islam tentang masalah-masalah haq, padahal kitab petunjuk telah diturunkan kepada mereka. Adakalanya yang diperdebatkan itu ada dalam masalah agama sahaja atau masalah agama dan dunia atau tentang persoalan-persoalan keduniaan semata-mata. Sedangkan Allah Taala sendiri  telah memberi peringatan tentang  hal berkenaan secara jelas dalam ayat 105 Surah Ali Imran yang bermaksud:

Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat. (Ali Imran ayat 105)

Dalam sebuah firman-Nya yang lain:

Sesungguhnya orang-orang yang memecahbelahkan agamanya dan mereka menjadi bergolong-golongan, tidak ada sedikit pun tanggungjawabmu terhadap mereka. Sesungguhnya urusan mereka hanyalah (terserah) kepada Allah, kemudian Allah akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka perbuat. (Surah Al-An’am, ayat 159)

Ada dua jenis perbezaan pendapat iaitu:

  1. Perbezaan kerana adanya kepelbagaian atau variasi.
  2. Perbezaan kerana dua hal yang memang saling bertentangan.

Perbezaan kerana kepelbagaian atau ragam misalnya adalah kepelbagaian dalam pengucapan lafaz-lafaz al Quran. Maksudnya ada dialek-dialek pengucapan dalam membaca al Quran. Walaupun hal ini berbeza, tetapi memiliki dasar syariat yang ejlas. Contohnya, Para Sahabat r.a dalam membaca al Quran, berselisih mana pengucapan yang benar. Akhirnya Nabi s.a. w bersabda:

“Kamu (yang berselisih dalam mebaca kitabullah) adalah orang-orang yang baik (membacanya).”

Perbezaan kerana dua hal yang memang bertentangan terbahagi kepada tiga iaitu:

(a)     Dua pendapat yang berbeza tetapi hakikatnya sama. Hanya susunan kata-katanya sahaja yang berbeza.

(b)     Perbezaan dua makna yang berbeza tetapi antara satu dengan yang lain tidak saling merosak atau menghapuskan.

Misalnya seseorang mengatakan: Ini adalah pendapat yang sahih, dan itu adalah pendapat yang sahih. Sekalipun ucapan itu tidak mengisyaratkan adanya persamaan makna atau dua ucapan itu memang satu sama lain berbeza, tetapi satu sama lain tidak saling menggugurkan. Perbezaan semacam ini banyak terdapat dalam masalah mumaza’at (kemiripan).

Satu lagi contoh mengenai hal ini adalah perbezaan kerana menggunakan dua jalan yang berbeza yang kedua-duanya sama-sama mengacu kepada ketetapan syariat. Satu masalah menempuh jalan yang berlainan, akibatnya terjadilah perbezaan. Kedua-duanya dipandang baik menurut agama. Hanya kerana kurangnya pemahaman sahajalah sehingga satu pendapat menganggap dirinya yang benar, sedang pendapat lain pun beranggapan mereka yang lebih benar. Biasanya persoalan ini menimbulkan cela dari satu golongan kepada golongan yang lain.

(c)     Dua pendapat yang memang benar-benar bertentangan sehingga pendapat yang satu menggugurkan pendapat yang lain.

Hal ini boleh terjadi pada masalah furu’ (syariat) mahupun ushul (aqidah). Dalam persoalan ini, salah satu contohnya adalah masalah ijtihad. Menurut sejumlah besar ulama, orang yang melaksanakan ijtihad dan benar, maka dia akan memperolehi satu pahala. Sedangkan sebahagian ulama, berpendapat bahawa seseorang yang melakukan ijtihad, maka dia akan memperolehi pahala (tanpa menyebut bilangan yang tetap). Perselisihan pendapat semacam ini, bukanlah satu pertentangan yang saling menggugurkan, sebaliknya masih termasuk dalam kategori ragam pendapat. Sebab apabila ijtihad dipandang sebagai suatu pendapat atau keputusan yang bertentangan, maka hakikat nilainya akan hilang sama sekali, yakni bahawa berijtihad merupakan perintah agama, sedangkan mengenai pahala, bukanlah merupakan persoalan pokok yang harus dipedulikan santa.

Adapun ahli bidaah, persoalannya telah jelas. Kita lihat sebahagian besar para pakar fiqh juga berhadapan dengan pertentangan-pertentangan pendapat sesama mereka. Juga ahli sufi, antara mereka kerap terjadi perbezaan faham dan sikap. Maka barangsiapa diberikan petunjuk oleh Allah dengan cahaya kebenaran, dan akan melihat manfaat diturunkan kitab suci Al Quran dan hadis Nabi s.a.w. Kedua-dua pedolam induk itu secara tegas telah melarang kita berselisih dan bertentangan sebab ada satu panduan yang telah jelas, iaitu semua perselisihan harus kembali kepada al Quran dan hadis.

Sebenarnya berbeza pendapat tidak dilarang oleh agama selama tidak membuat perpecahan. Bahkan perbezaan yang masih tetap memelihara keutuhan perpaduan dipuji di dalam al Quran.

Dalam sejarah telah dicontohkan, iaitu ketika terjadi Perang Quraizah. Ketika Nabi s.a.w memerintahkan pada pasukan Muslimin agar mendirikan solat Asar di perkampungan Bani Quraizah demi menjimatkan masa. Atas seruan itu, sebahagian kaum muslimin ada yang melaksanakan solat di tempat mereka berada dan sebahagian lagi menunda solat Asar mereka sehingga tiba di perkampungan Bani Quraizah. Perbezaan tersebut tidak dicela oleh Nabi s.a.w.

Yang menjadi masalah besar adalah perbezaan pendapat yang dihasilkan oleh ketaksuban dan sikap berlebih-lebihan terhadap ketua mereka seperti yang dilakukan terhadap Nik Abdul Aziz sehinggakan mereka akan memutar belit segala hukum agar bertepatan dengan apa yang nafsu mereka fikirkan.

Maka jangan hairan jikalau suatu masa nanti, terutam aselepas kematian Nik Abdul Aziz, akan ada orang yang membuat berhalanya, bermula sebagai cara mengenangkannya dan kemudian akhirnya disembah seperti yang berlaku kepada Al Latta, Al-Uzza dan Hubal! Sekarang pun, gambar Nik Abdul Aziz menangis sudah berharga ribuan ringgit dan dibeli pula oleh seorang lelaki Melayu!!!!

Kelembai Bukit Untuk Perak Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");