Perak Hari Ini

Kerajaan negeri bakal pasang lampu jalan di lebih 800 kampung di seluruh Perak

Sebanyak RM7.9 juta diperuntukkan kerajaan negeri bagi melaksanakan Projek Lampu Jalan Kampung membabitkan pemasangan tiang lampu, sebagai usaha meningkatkan kemudahan infrustruktur di kawasan luar bandar.

Projek yang membabitkan 890 kampung tradisional di seluruh negeri itu dijangka siap sepenuhnya Februari dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, sehingga Disember tahun lalu, sejumlah 12,438 mentol sudah diserahkan kepadaTNB untuk dipasang di semua kampung berkenaan.

“Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada dasarnya setuju untuk menanggung kos elektrik bagi lampu yang dipasang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zambry juga sudah mengarahkan Majlis Daerah Kerian (MDK) supaya menyegerakan kerja menaiktaraf sistem perparitan sekitar kawasan Pekan Bagan Serai untuk mengatasi masalah banjir kilat yang sering dihadapi penduduk.

“Punca utama banjir kilat di kawasan itu disebabkan saiz longkang terlalu cetek dan kecil menyebabkan air sering melimpah setiap kali berlaku hujan lebat. Sepatutnya projek naiktaraf sistem perparitan itu dilaksanakan Jabatan Kerja Raya Daerah Kerian tetapi ia tertangguh kerana memerlukan sejumlah peruntukan yang banyak.

“Saya telah mengarahkan MDK untuk melihat kaedah sesuai supaya kerja menaiktaraf ini dapat disegarakan. Kerajaan negeri menerusi Bajet 2011 telah menambah sejumlah peruntukan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran daripada RM6 juta kepada RM14 juta.

“Mungkin pertambahan peruntukan itu kita boleh gunakan bagi tujuan berkenaan. Bagaimanapun kita juga sedang berusaha untuk mendapatkan peruntukan lain untuk melaksanakan pelan mengatasi banjir untuk jangka panjang bagi seluruh Daerah Kerian yang memerlukan kos yang besar,” katanya.

-Perak BN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");