Isu Panas

Pembangkang guna taktik kotor kerana tertekan: Muhyiddin

Pembangkang menggunakan pelbagai taktik kotor seperti menyebarkan risalah berbentuk fitnah dalam kempen pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang kerana ia semakin tertekan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau bagaimanapun yakin pengundi tidak mudah tertipu dengan fitnah dan tohmahan itu.

“Kita sedar mereka tidak akan berhenti mengeluarkan cerita-cerita yang mengejutkan untuk menakutkan pengundi. Itu adalah taktik biasa tetapi di dalam kebanyakkan hal pengundi tahu perkara yang sebenar dan tidak tertipu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas bersama-sama pemimpin Barisan Nasional beramah mesra dengan pengundi dalam program tinjauan mesra di beberapa jalan utama dan pusat perniagaan di sini menjelang pengundian dalam pilihan raya kecil itu pada Ahad ini.

Pilihan raya kecil itu melibatkan calon BN Mohd Azahar Ibrahim, 39, dan lawannya daripada PAS, Normala Sudirman, 38. Ia diadakan berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha daripada BN pada 17 Disember tahun lalu. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");