Perak Hari Ini

Pengurusan stadium setiap negeri hendaklah diserahkan kepada persatuan bolasepak negeri-Raja Ahmad

Pengurusan stadium-stadium di setiap negeri hendaklah diserahkan kepada persatuan bolasepak negeri masing-masing bagi membolehkan mereka menjana pendapatan bagi mengisi tabung persatuan dan tidak hanya mengharapkan bantuan kerajaan negeri.

Ahli Jawatankuasa, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata, dalam memastikan persatuan bolasepak negeri mempunyai kewangan yang mencukupi dalam mengharungi Liga Super dan pelbagai kejohanan mereka perlu menguruskan sendiri stadium.

”Pengurusan lebih peka dengan peraturan dan ketetapan FAM seperti masalah lampu yang berlaku sebelum ini…sekiranya ianya di dalam pengurusan persatuan pelbagai langkah boleh diambil bagi memastikan psarana stadium sentiasa berada di dalam keadaan baik.

”Saya tidak mengatakan pengurusan pada masa ini tidak baik…tetapi sekiranya ianya diserahkan kepada persatuan bolasepak negeri ianya akan lebih mantap dan boleh digunakan untuk menolong mengisi kantong persatuan,”katanya kepada Bernama hari ini.

Katanya, persatuan bolasepak negeri boleh menggunakan ruang ini untuk mengumpul dana seperti mengadakan pelbagai program yang berkaitan sukan bolasepak di perkarangan stadium.

Ini akan memberikan peluang kepada pengurusan untuk mencipta pendapatan bagi menampung segala kos berkaitan stadium termasuk penyenggaraan yang kecil bagi memastikan stadium sentiasa selamat, katanya.

Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Negeri Perak, saya merasakan langkah ini perlu dimana Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) boleh mengurangkan kos penjagaan termasuk jumlah kakitangan yang terpaksa di tempatkan di kawasan stadium.

”Berilah peluang kepada Persatuan Bolasepak Perak (Pafa) menguruskan Stadium Perak dan menjana pendapatan dengan mengadakan pelbagai program demi pembangunan bolasepak negeri…ini akan membantu kerajaan negeri.

”Saya yakin pengurusan Pafa dan pengurusan bolasepak negeri-negeri mampu menjadikan stadium seperti apa yang dibuat kelab-kelab profesional di Eropah yang mampu berdikari,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");