Perak Hari Ini

Perak dan wilayah Lampung di Sumatera bakal jalin kerjasama lebih erat

Kerajaan Perak dan wilayah Lampung bakal menjalinkan hubungan baik menerusi konsep IMT-GT dan memperkukuhkan hubungan ekonomi terutama dalam bidang pertanian.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata kerajaan negeri juga bersetuju agar dapat dilakukan pertukaran kepakaran antara kedua-dua pihak agar dapat membantu pertumbuhan ekonomi masing-masing.

Kerajaan negeri menjalinkan usahasama itu selepas mendapat kunjungan hormat delegasi dari Lampung yang diketuai Gabenornya, Bapak Sjachroedin, di sini.

Sementara itu, Sjachroedin berkata, wilayah Lampung mempunyai banyak peluang pelaburan yang boleh diteroka oleh pelabur dari Perak dan ketika ini pun sudah ramai pelabur dari Malaysia yang sudah mengadakan hubungan perdagangan di wilayah berkenaan.

Katanya, Perak adalah negeri kedua dikunjungi delegasi wilayah berkenaan selepas Selangor selepas melihat banyak potensi yang boleh diteroka bersama antara kerajaan negeri Perak dengan wilayah berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");