Perak Hari Ini

Perak Jangka Terima Pelaburan Lebih RM1 Bilion Dalam Pembangunan Biodiversiti

Perak bakal menerima pelaburan sebanyak RM1.06 bilion daripada syarikat tempatan dan luar negara dalam projek pembangunan yang berkonsepkan bio diversiti dikenali projek BioDcity@meruraya di Bandar Meru Raya di sini.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kekayaan Perak dalam sumber biodiversiti, memberi keyakinan kepada usaha membangunkan bidang berkenaan.

“Inisiatif membangunkan bidang yang berkaitan bio teknologi diambil bagi menjadikan bidang berkenaan sebagai salah satu pemacu ekonomi negeri di masa depan. Keputusan ini diambil bagi memacu ekonomi dalam bentuk baru dan memberikan pulangan yang baik kepada pelabur…kita mempunyai berbagai sumber asli yang boleh digunakan untuk menjadi pemangkin kepada ekonomi.

“Sasaran kita adalah untuk menjadikan BioDcity sebagai penggerak utama pertumbuhan ekonomi di bandar raya Ipoh dan negeri Perak,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Majlis Perlancaran BioDcity@meruraya di sini Khamis.

Pada majlis ini, Dr Zambry menyaksikan majlis pertukaran enam perjanjian dan perjanjian persefahaman (MOU) yang diadakan antara Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan Perak Corporation Berhad (PCB) dengan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Tenby Educare Sdn Bhd, Curah Bahagia Sdn Bhd, BioD Sg Sah River Trail dan BioD Kledang Saoing Wilderness Park.

Beliau berkata projek itu juga akan mewujudkan suasana baru kepada alam sekitar dan semua pelabur terlibat dikehendaki mematuhi tahap pematuhan yang ditentukan.

Sebelum itu, Dr Zambry turut melancarkan projek Pincer yang menempatkan Perak Biod Knowledge Value Center, Perak Creative Centre dan Perak Innovation Centre dan akan mula beroperasi pada April ini.

Projek itu adalah sebuah pusat sumber teknologi yang dibangunkan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) di bawah projek Perak Hi-tech Park (PHTP) yang menawarkan perkhidmatan dalam bidang rekabentuk produk dan kandungan kreatif.

“Kita sedang dalam proses membangunkan sebuah filem animasi di Pincer yang kini menjalankan kerjasama dengan Spacetoon…ini adalah antara rancangan yang dibuat dalam menjadikan negeri ini sebagai pusat innovasi dan kreativiti…PKNP telah melabur lebih RM20 juta bagi memastikan ia berjaya,” tambahnya.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");