Perak Hari Ini

RISDA akan membuka sebuah lagi kolej-Raja Ahmad

Adun kawasan Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar menawarkan sebidang tanah seluas 3,000 ekar kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) untuk membuka sebuah lagi kolej selepas di Alor Gajah, Melaka.

Beliau berkata, pihaknya sedang berbincang dengan pengurusan kolej itu bagi membangunkan kawasan seluas 3,000 ekar bagi mendirikan Kolej Risda yang kedua.

”Kami mempunyai kawasan yang luas dan telah dikenalpasti untuk pembangunan sebuah kolej bersebelahan tapak Pusat Veterinar Negara yang menternak Kambing Boer dan ianya sesuai untuk pembinaan kolej ini.

”Jika ianya berjaya, akan memberikan impak kepada ekonomi penduduk di sini yang masih terpinggir dari arus kemodenan,”katanya kepada PERAK TODAY hari ini.

Kolej Risda yang berpusat di Alor Gajah, Melaka merupakan badan korporat yang berdaftar sebagai Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTA0 di bawah Akta Institut Pendidikan Tinggi Swasta 1996 kini mempunyai empat buah cawangan iaitu di Perak, Kelantan dan Pahang.

Kolej ini turut menjalinkan kerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk beberapa program kerjasama yang ditawarkan.

Selain itu, ianya turut menjalankan kerjasama dengan beberapa buah lagi Institusi Pengajian Tinggi yang lain seperti Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Universiti Pertanian Bogor,Indonesia.

Sementara itu, Raja Ahmad Zainuddin berpesan kepada semua pegawai dan kakitangan Risda yang bertugas di pejabat-pejabat daerah agar selalu turun padang bertemu penoreh-penoreh getah yang tinggal di kampung-kampung bagi mengenalpasti dan mencari jalan menyelesaikan masalah berkaitan kebun mereka.

”Bagi meningkatkan hasil susu dari pokok-pokok getah mereka, kakitangan Risda disaran selalu melawat mereka dan tidak lagi duduk di pejabat dan menunggu penduduk kampung pergi kepada mereka.

”Pendekatan terbaru kerajaan adalah semua kakitangannya pergi kepada penduduk dan melihat permasalahan serta cuba menyelesaikannya,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");