Isu Panas, Perak Hari Ini

PKR dan DAP sudah mula berkempen di Perak

Walaupun Pilihan Raya Umum Ke-13 entah bila hendak dilaksanakan, namun pembangkang sudah mula mengatur gerak kerja bagi memperdayakan rakyat dengan janji manis mereka. Dengan kata mudah, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP terutamanya mula menyiram virus bagi mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menyokong mereka.

Parti Keadilan Rakyat Perak terutama Cabang Gopeng sudah memulakan kempen PRU13. Mereka begitu bersungguh-sungguh untuk menakluki Perak. Mereka menyangka PRU13 akan diadakan dalam masa tedekat. Antara calon yang diperkenalkan ialah Parlimen Gopeng, Lee Boon Chye, Dun Simpang Pulai Chang Meng Kai dan Dun Teja Chang Lih Kah.

Yang agak malang mereka bertiga itu mempergunakan 4 wanita berbangsa Melayu termasuk salah seorang yang dikatakan kekasih Adun Simpang Pulai Chang Meng Kai iaitu Azlina Adnan.

Mereka berempat dikatakan ditaja oleh Lee Boon Chye kelihatan telah masuk hampir semua kampung-kampung dikawasan Gopeng bagi memperkenalkan calon-calon mereka.

Difahamkan mereka berempat ini menghasut penduduk kampung terutamanya orang Melayu supaya jangan menyokong Barisan Nasional kerana:

  1. BN adalah parti perkauman PKR parti untuk semua
  2. BN adalah zalim kepada rakyat PKR sayangkan rakyat
  3. BN tidak perihatin kepada rakyat PKR dekati semua rakyat
  4. BN tidak telus sedangkan PKR lebih beramanah dan berintegriti
  5. Pemimpin BN tidak bermoral sedangkan pemimpin PKR lebih berbudi pekerti, bermoral dan beriman.

Kedua-dua parti itu dengan disokong oleh PAS yang pasti memahami bahawa janji tidak ditunaikan adalah perbuatan orang munafik, cuba memberikan gambaran kepada rakyat bahawa kalau pembangkang diberi peluang menawan Putrajaya, maka kehidupan mereka akan berubah sama sekali.

Semua keluarga di negara ini akan menerima gaji RM4,000 sebulan manakala semua warga emas akan mendapat RM1,000 sebulan. Begitulah hebatnya janji pembangkang yang jelas sekali sanggup ‘bersilat lidah politik’ demi mencapai cita-cita mereka untuk memerintah negara ini.

Mereka sudah tidak peduli sama ada janji yang dibuat itu mampu dilaksanakan atau pun tidak. Apa yang penting ialah rakyat perlu diberi kata-kata manis seperti mana yang mereka lakukan dalam pilihan raya umum lalu.

Pembangkang mungkin berjaya dalam misi pertama pada PRU 2008 apabila menabur pelbagai janji yang akhirnya mendatangkan keuntungan politik kepada mereka termasuklah janji berkaitan wang ringgit.

Ia terbukti apabila kelemahan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika itu menjadi faktor tambahan kepada kejayaan pembangkang.

Akhirnya pembangkang berjaya menawan Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Perak (selama 11 bulan) dan menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen. Tetapi apakah kali ini, impian pembangkang tersebut akan menjadi kenyataan? Apakah kali ini, taktik menabur janji akan membawa kejayaan kepada mereka? Atau masihkah ada rakyat yang tetap seronok untuk terpedaya dengan janji pembangkang?

Di Pulau Pinang, keadaan menjadi lebih buruk apabila Ketua Menteri yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang kononnya ingin mencontohi kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz melakukan pelbagai tindakan yang dilihat tidak adil kepada kaum tertentu, terutamanya orang Melayu.

Malahan Guan Eng dilihat berat sebelah dan tidaklah seadil mana berbanding dengan janji yang dibuat oleh pembangkang ketika kempen pilihan raya dilaksanakan. Tetapi apa yang rakyat boleh buat terutamanya mereka yang sebelum ini mengundi hanya semata-mata kerana marahkan kerajaan BN.

Ketika membuat keputusan memilih pembangkang dahulu, mereka bukan sahaja dipengaruhi oleh perasaan marah, malahan sedikit sebanyak terpedaya dengan janji-janji manis pembangkang.

Tetapi sekarang sudah terbukti bahawa pembangkang hanya bijak menabur janji dan rakyat yang menyokong mereka kini sudah terperangkap.

Namun penyesalan sudah tidak berguna kerana mereka sudah membuat keputusan. Tetapi apakah dalam pilihan raya umum akan datang mereka akan mengulangi kesilapan yang sama? Mungkin mereka tidak berpuas hati dengan beberapa langkah dan dasar kerajaan tetapi sekurang-kurangnya kerajaan BN menjanjikan perkara yang hanya mampu ditunaikan, bukannya menjanjikan bulan dan bintang atau perkara yang tidak mampu dilaksanakan.

Kenapakah apabila kerajaan tersilap langkah maka kerajaan akan dianggap tidak menunaikan janji? Kenapa apabila pembangkang sehingga kini tidak menunaikan janji, mereka dianggap masih di awal pemerintahan?

Oleh itu, rakyat perlu menjadikan peringatan daripada Perdana Menteri itu sebagai pemacu untuk mereka bermuhasabah, adakah pembangkang yang selama ini diberi peluang memerintah empat negeri telah menunaikan janji mereka.

Kalau di peringkat negeri pun mereka sudah terkial-kial hendak menunaikannya, bagaimana kalau janji dibuat di peringkat pusat? Janganlah dipatuk dua kali oleh ular di lubang yang sama! Sekiranya kita dipatuk ular buat kali kedua kita mungkin akan mengalami kecacatan.-http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");