Perak Hari Ini

Polis akan membuat siasatan lanjut-KP JLKN

Pihak polis akan membuat siasatan lanjut terhadap kes seorang remaja lelaki beragama Sikh yang enggan meneruskan program latihan khidmat negara selepas mendakwa beliau trauma apabila rambutnya dipotong semasa sedang tidur Ahad lalu.

”Walaupun siasatan dalaman JLKN tidak menemui apa-apa bukti ianya tetap diserahkan kepada pihak polis sebagai pihak yang bertanggungjawab membuat siasatan…siasatan awal kami telah mematuhi Standard Operation Prosedure (SOP) jabatan yang telah ditetapkan.

”Siasatan pihak kami sebelum ini melepasi dua tahap iaitu siasatan awal oleh komandan dan jurulatih kem serta diikuti pasukan khas dari ibupejabat,”kata Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechik.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar di Kem Sentosa, Chenderiang, dekat sini hari ini.

Kesemua 83 pelatih di Kem Sentosa yang dikesan menghidap Influenza like Illness (ILI) minggu lalu telah pulih sepenuhnya pada 17 Januari lalu.

Jelasnya, JLKN yang mendapat bantuan dan sokongan penuh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjaya mengekang virus H1N1 dari terus merebak kepada pelatih-pelatih lain di dalam kem itu.

”KKM telah memberi kebenaran kepada setiap kem untuk meneruskan program latihan sekiranya terdapat serangan wabak itu dengan mengasingkan pelatih yang dijangkiti ILI…tiada lagi kem yang akan ditutup selepas ini,”tegasnya.

Katanya, sehingga ke hari ini terdapat 148 mangsa ILI yang kini dirawat di Kem Sinaran Suria, Sungkai manakala 25 mangsa lagi di Kem Tegas Kendiri, Kuala Kangsar.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, beberapa wakil kaum Sikh akan bertemunya minggu hadapan bagi membincangkan beberapa perkara yang melibatkan pelatih dari agama itu.

”Ianya bukanlah satu dialog tetapi lebih bersifat musyawarah,”katanya.

-Dollah kloroq

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");