Isu Panas

PRU lalu beri pengajaran: Muhyiddin

Pengurangan undi majoriti diperoleh Barisan Nasional (BN) daripada kira-kira 5,000 undi pada Pilihan Raya Umum 2004 kepada 2,400 pada pilihan raya umum lalu mendorong Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi peringatan kepada jentera parti supaya tidak leka pada pilihan raya kecil DUN Tenang.

Beliau berkata, mereka perlu bekerja keras bagi memenangi pilihan raya itu, walaupun Johor adalah kubu kuat UMNO dan BN.

“Walaupun tinjauan awal menunjukkan BN mampu menang, parti mahu majoritinya lebih banyak daripada dulu. Walaupun pembangkang mahu kurangkan majoriti BN, sasaran kita tambah majoriti.

“Kita tidak biasa terlalu yakin. Saya ingatkan seluruh jentera parti jangan terlalu yakin kerana ia boleh membuatkan berasa selesa dan tidak kerja bersungguh-sungguh. Sebaliknya, kita mesti kerja mati-matian untuk menang sebaik mungkin. Jangan kata, Johor sebagai kubu kuat UMNO dan BN, tidak ada boleh cabar kita,” katanya.

Namun, Muhyiddin berkata, berdasarkan keadaan ketika ini, situasi jauh lebih positif dengan perubahan sikap rakyat di sekitar Tenang yang agak baik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");