Perak Hari Ini

Utamakan kepentingan parti hadapi PRU ke -13

Pemimpin dan ahli UMNO harus meletakkan kepentingan parti sebagai asas utama bagi menjamin kekuatan dan jentera parti berjalan lancar dalam pilihanraya umum (PRU) ke- 13 nanti.

Ketua Umno Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, berkata kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam PRU akan datang amat penting kerana ia menjadi penentu sama ada rakyat masih meletakkan kepercayaan kepada parti itu untuk memperjuangkan nasib mereka.

“Umno Bahagian Larut akan mempastikan BN Larut terus kekal menjadi  simpanan tetap parti dengan mengekalkan rekod kemenangan di semua tiga kerusi DUN dan Parlimen.

“Namun begitu, pemimpin dan ahli UMNO jangan pula mengambil mudah kerana keadaan kini jauh berubah dan memerlukan kerja kuat, persefahaman dan bersatu sebagai satu pasukan bagi menghadapi PRU akan datang,” katanya berucap sempena taklimat pilihanraya kepada semua ketua UMNO cawangan, Pemuda, Wanita dan Puteri Bahagian yang diadakan mengikut DUN di Selama, hari ini.

Katanya, dengan perubahan yang dibawa oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dengan kesediaan pemimpin parti turun padang untuk menyelesaikan masalah rakyat, beliau yakin UMNO dan BN akan terus kekal mentadbir negeri dan negara dalam PRU yang akan datang.

“Ahli Umno tidak perlu mengikut rentak pembangkang, sebaliknya tumpukan kepada aktiviti parti. Ini kerana pembangkang akan mengambil kesempatan di atas perpecahan parti dan kita harus mengelaknya,” katanya.

Hadir sama pada majlis taklimat itu, Pengerusi Sekretariat Pilihanraya UMNO Perak, Datuk Yusof Kassim dan Pengarahnya, Hanafiah Man.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");