Perak Hari Ini

YBU kumpul dana RM8.5 juta

Tahun ini Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBU) mempunyai dana sebanyak RM8.5 juta untuk tujuan mengurangkan kadar dan mengupayakan mereka yang miskin tegar di Perak. Daripada jumlah besar itu, RM5 juta adalah peruntukan daripada kerajaan negeri dan selebihnya dikumpul daripada sumbangan pihak korporat yang beroperasi di negeri ini.

Perkara ini dimaklumkan oleh pengerusi YBU, Dato Saarani Mohammad pada ucapan aluannya ketika majlis makan malam amal bersama Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir di Ipoh, Ahad malam.

Badan korporat yang membuat sumbangan terbesar adalah Rahman Hydraulic Berhad, sebuah anak syarikat Malaysia Smelting Corp. Berhad yang menyumbang sebanyak RM350,000. Selain itu, Markas Maju Sdn Bhd, Anzeco Corp (M) Sdn. Bhd., Lembaga Air Perak, Leweco Resources Sdn Bhd., Lembaga Air Perak,  Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak, GPB Corp. Sdn Bhd., Sycal Ventures Berhad dan Asia Winner Sdn Bhd, masing-masing menyumbang RM250,000.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir merupakan tetamu kehormat majlis makan malam amal itu, yang juga dihadiri oleh lebih 400 tetamu termasuk golongan sasar penerima bantuan seperti kaum Orang Asli, ibu tunggal dan orang kurang upaya.

Menurut Saarani, pada tahun 2010, YBU telah berjaya menyiapkan 43 buah rumah, 66 buah rumah sedang didalam proses pembinaan, 22 siap  dibaik pulih dan 17 buah lagi sedang dibaik pulih.

“Dengan kewangan yang mencukupi, kita boleh membina rumah untuk golongan miskin tegar mengikut keperluan mereka. Kalau keluarga itu besar, maka lebih besarlah rumah yang kita mahu bina,” Saarani berkata.

Dalam pada itu, Saarani menambah, YBU akan lebih berhati-hati sebelum memberi bantuan kerana ada menerima kes yang meragukan.

“Kita ada menerima permohonan sekim mikro kredit yang mahu menggunakan wang itu membayar hutang lama mereka dengan Amanah Ilhtiar Malaysia dan Tekun.

“Kita tak mahu mereka menjadi lebih miskin akibat ketagihan berhutang mereka ini,” Saarani berkata dan menambah permohonan seperti itu tidak harus dilayan kerana tersasar daripada tujuan asal penubuhan YBU.

Sepanjang 2010, seramai 120 orang telah menerima bantuan melalui sekim mikro kredit YBU yang berjumlah RM1 juta kesemuanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");